Tanggal 3 Jun 2016. Ia menjadi satu tarikh dan detik penting buat anak sulungku Anas Zaydan, 4 tahun 4 bulan, yang berkhatan pada hari ini.
Selain memenuhi tuntutan dan syariat agama, ummi dan abi mengambil keputusan untuk khatankan Anas pada usia ini (walaupun orang cakap masih kecil ) atas sebab sebab yang tertentu.
Anas dan Eiman (sepupu) berkhatan pada tarikh yang sama. Sementara 3 hari sebelum itu Umar dan Uwais (juga sepupu) sudah berkhatan terlebih dahulu.
Anas nak bersunat
Pada mulanya, Anas sangat positif dan tidak menolak bila diberitahu dirinya akan dikhatan. Ummi dan abi menyebut dan memujuk saban hari. Anas juga agak kabur, bagaimana rasanya berkhatan, dan tidak pernah melihat orang berkhatan. Padanya, mungkin biasa biasa saja. Tambahan pula, bila tengok video Umar dan Uwais selepas berkhatan yang nampaknya happy dan ceria saja. Anas tak menyimpan rasa takut.

Hinggalah pada hari temujanji. Anas ok saja, malah bila ditanya berkali kali pun dia masih kata nak. Apatah lagi dijanjikan dengan hadiah yang bermacam. Tambah seronok jadinya. Pagi hingga ke petang, riang bermain dengan sepupu yang ramai di rumah nenek.
Klinik Primer Wakaf Bharu
Selepas waktu asar menuju ke rumah adik iparku dr Azim dan dr Nasibah di Wakaf Bharu. Mak mertuaku juga ikut bersama. Anas akan berkhatan di Klinik Primer Wakaf Bharu yang letaknya tidak jauh dari rumah adik iparku. Kami solat Maghrib dan Isyak sebelum keluar menuju ke klinik. Tak lupa solat hajat agar dipermudahkan urusan malam ini. Setelah menempuh kesesakan di jalan, kami tiba di Klinik hampir jam 10 malam.

Anas tak nak bersunat
Sejak dari atas kereta tadi, Anas dah mula cakap tak nak bersunat. Entah kenapa tiba tiba dia berubah fikiran atau saja bergurau. Tiba di Klinik, semua turun dan masuk ke dalam klinik. Aku membuat pendaftaran. Ketika itu Eiman sudah berada di bilik rawatan untuk dikhatankan. Seketika kemudian terdengar suara tangisan yang kuat dari bilik no 3. Ya, suara Eiman sedang menangis. Aku dah mula risau dan berdebar. Anas ketika itu mungkin tak perasan suara tangisan Eiman, kerana suara TV yang dipasang di dalam klinik itu juga sangat kuat. Kami buat buat tak dengar saja.

Akhirnya Eiman keluar dari bilik rawatan setelah selesai urusan berkhatannya. Keluar dengan wajah muram dan sedih. Anas perhatikan saja Eiman. Mujur juga ketika itu Eiman tidak menangis. Namun mungkin Anas dapat menduga sesuatu yang kurang menyenangkan bakal terjadi padanya. Dia dah mula gelisah dan tak mahu bersunat. Aku dan suami terus memujuk.
Hingga nama Anas dipanggil untuk masuk ke bilik no 3. Anas dah mula meronta tak mahu masuk. Suamiku mendukungnya, namun dia berkeras dan melawan tidak mahu dibawa pergi. Dan suara tangisan juga sudah kedengaran. Suami berusaha mengangkat Anas dan membawa dia masuk ke bilik rawatan tersebut. Adik iparku Azim mendukung Mussaab. Aku juga ikut masuk ke dalam bilik tersebut.
Anas mula menangis dan meronta
Di dalam bilik itu tersedia katil untuk berbaring, dan di atasnya sudah tersedia alat alat untuk berkhatan. Anas masih meronta dan meraung tidak mahu disunatkan. Aku dan suami puas memujuk, dan sedikit kecewa bila akhirnya terjadi seperti ini. Suami dah mula lembut hati, nak batalkan saja urusan khatan Anas kerana tak tahan melihat Anas bersungguh menangis. Tenaganya juga kuat melawan hingga suamiku juga dah tak berdaya nak memegang dan mendukungnya.

Cubaan pertama gagal
Akhirnya doktor bagi peluang untuk memujuk Anas dan memanggilnya semula bila Anas sudah bersedia. Ataupun.. jika nak paksa buat juga kena tunggu sehingga jam 11 malam. Kami bersetuju dengan cadangan doktor. Kami keluar semula dari bilik rawatan. Jam sudah menunjukkan pukul 10.40 malam. Anas sudah tidak menangis dan meronta. Kami duduk di sofa di ruang menunggu dan cuba memujuknya kembali. Nampaknya agak sukar, kerana dia tetap berkeras tidak mahu. Dalam masa yang sama, harapkan juga dia tertidur di situ, mungkin urusan berkhatan akan lebih mudah. Tapi nampaknya tak juga. Dia enggan memejamkan mata.

Bersetuju selepas dipujuk abi
Hampir jam 11 malam, Anas dan abinya berada di luar klinik. Aku bersama Mussaab menanti di dalam. Aku melihat suamiku begitu berusaha memujuknya. Pujuk dan pujuk.. akhirnya Anas bersetuju untuk disunatkan. Hatiku menjadi lebih lapang. Dalam hati berdoa dan berharap, semoga segalanya akan selesai pada malam ini juga.

Rela bersama tangisan yang panjang
Jam 11 lebih, kami masuk semula ke dalam bilik rawatan. Peralatan yang telah dikemas diambil semula. Anas lebih tenang. Suamiku meletakkannya di atas katil. Seorang demi seorang doktor dan pembantu muncul. Anas mula cemas kembali. 4 orang ada bersama termasuk suamiku untuk memegang kaki dan tangannya. Aku hanya memerhati sambil mendukung Mussaab. Kepalanya kuusap sambil berselawat. Hatiku juga bimbang, namun pasrah. Semoga ini yang terbaik untuk Anas. Anas sudah mula menangis.

Saat dicucuk ubat bius, makin kuat tangisannya. Dia cuba melawan, namun tak mampu kerana tangan dan kaki sudah dipegang. Dia hanya mampu menangis dan tetap cuba meronta. Dari awal hingga ke sudah, suara tangisannya tetap kedengaran. Hanya seketika berhenti dan sambung kembali. Suamiku sedaya upaya memujuk dan memberi semangat. Hinggalah akhirnya selesai juga dalam pukul 11.30 malam.
Selesai urusan pembayaran dan ambil ubat, kami menuju ke kereta. Anas masih terus menangis. Kami terus memujuk dan memujuk. Hingga dia akhirnya terlena. Sampai ke rumah.
Tiba di rumah, saat diangkat oleh abinya, Anas terjaga dan menangis lagi. Hingga dibawa masuk bilik, terus menangis. Agak lama menangis, dan ditenangkan kami, akhirnya tidur semula.
Malam itu, 2-3 kali terjaga dari tidurnya. Terjaga dan menangis. 15-20 minit, baru tidur semula. Kuat tangisnya, mungkin mengganggu tidur Pak cik mak cik dan sepupu yang sudah lena. Tapi nak buat macamana. Suara Eiman tak pula kedengaran. Mungkin lena tidurnya. Alhamdulillah..
Lebih kurang pukul 3 pagi, Anas mula tidur lena hingga ke pagi. Lena tidurnya... aku dan suami cuba pastikan dia tidur dalam posisi yang baik dan tidak menyakitkan. Alhamdulillah... tidurnya lena. Bangun pagi juga agak lewat. Sengaja biarkan dia terus melayan tidur agar rasa sakitnya semakin kurang selepas dia bangun.
Bangun pagi yang ceria
Alhamdulillah bangunnya tanpa suara dan tangisan. Bangun tidur seperti biasa, dan dia sendiri yang cakap dia dah tak sakit. Dah boleh senyum, boleh bercakap banyak, dan berselera makan. Alhamdulillah...

Cabaran seterusnya ialah untuk suapkan ubat dan sapukan krim ke tempat dia berkhatan. Agak sukar, kerana sebelum ini pun dia memang jenis yang susah nak makan ubat. Dipujuk rayu juga tak berjaya. Hampir berjaya, tapi sikit saja ditelan ubatnya.
Hari ini juga Anas dapat buang air kecil dan besar dengan baik, dibasuh dengan air juga tak sakit. Alhamdulillah...
Ummi dan abi akan cuba usahakan yang terbaik, moga Anas boleh makan ubat yang diberi, disapu krim agar proses penyembuhan menjadi lebih cepat. Insya Allah..
Esok, dah janji nak ke Mr Diy untuk belikan hadiah permainan dan sticker untuk Anas. Semoga keadaan diri Anas bertambah baik dan boleh memakai seluar dan berjalan. Hari ini juga dah kuat berjalan, tapi ke sana sini tanpa seluar :) anakku, belum mengerti rasa malu. Moga hari ni jelah macam tu :)
Semoga sihat dan cergas kembali Anas dan Eiman...tak lupa juga Umar dan Uwais yang terlebih dahulu menjadi 'dewasa' . Syukur Alhamdulillah atas kewajipan yang telah tertunai ini.
Anak ummi dah besar :')
ALHAMDULILLAH...
ALHAMDULILLAH...
Anas di rumah pak chu beberapa jam sebelum berkhatan |
Eiman dan Anas Hari pertama selepas berkhatan |
No comments:
Post a Comment