Anas dan Mussaab hari ini berada di kampung. Hari ini di rumah nenek.
Suasana di rumah nenek sangat meriah. Anas dan Mussaab gembira dan seronok bermain dengan sepupu yang jauh dan dekat. Riuh rendah, ria gembira, itulah gambaran di rumah nenek hari ini.
Anas dan Mussaab jarang sekali dapat berkumpul dengan sepupu yang ramai seperti hari ini. Dari sepupu yang besar, hingga yang kecil. Hampir semuanya ada bersama.
Kak Qila, Abg Hakim, Abg Rizqin, Abg Aqil, Kak Zawiah, Eiman, Abg Muaz, Abg Adib, Mustaqim, baby Muttaqin, dan baby Ruqayyah. Hari ini mereka semua ada di rumah nenek. Tapi masih belum cukup semua cucu nenek. Insya Allah bakal bertemu dengan yang lain.
Hari ini, dari mula sampai rumah nenek hingga ke petang hari, langsung tiada rehat buat Anas dan Mussaab. Bermain, berlari, sesekali menangis...biasalah bila sudah ramai.
Hingga hari sudah beransur petang. Semua orang bersiap ke Taman Tengku Anis untuk mandi kolam splash. Tinggal Anas dan Mussaab, bersiap ke rumah Pak Chu. Di rumah Pak Chu bertemu Umar, Uwais dan Urwah. Tapi tak dapat bermain kerana Umar dan Uwais baru lepas bersunat.
Yes..bersunat. Malam ini Anas juga bakal bersunat. Anas dan Eiman..insya Allah.
Ummi risau dan takut sebenarnya... ini bukan urusan main main. Anas akan disunatkan, untuk memenuhi satu tuntutan agama. Ya, Anas masih kecil. Namun ummi dan abi merasakan ia perlu buat Anas sekarang.
Semoga Allah permudahkan urusan bersunat Anas dan Eiman malam ini. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment