HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Saturday, 4 June 2016

BERKUMPUL BERSAMA

Masuk hari ketiga aku di rumah ibu mertuaku di Kota Bharu. Kebetulan cuti sekolah dan bakal menyambut Ramadhan pula, rumah mak dipenuhi anak dan cucunya yang ramai.

Hari ini kembali berkumpul dengan ipar duai dan anak saudara suamiku yang ramai. Jarang sekali dapat berkumpul semua 10 adik beradik suamiku. kali terakhir pun setahun yang lalu, di hari pernikahan adik iparku.Hari ini ramai yang balik, tapi tak semua ada bersama juga. 
Masih ada yang sibuk dengan kerjaya yang tak boleh ditinggalkan.

Namun, hari ini juga cukup meriah. Suara riang kanak kanak saban masa memecahkan kesunyian. Yang paling gembira dan bahagia, pastilah ibu mertuaku. Jarang sekali dapat berkumpul ramai ramai macam ni. Pasti hatinya sangat rindu, especially pada anak yang jauh dan jarang balik.

Padaku pula, saat begini juga saat yang mengujakan meski aku agak segan. Maklum saja, jarang bertemu dan bersua.

Setiap orang punya sikap dan cara tersendiri. Namun ku pasti, setiap kami cuba menjadi yang terbaik dan saling menerima dan menghormati. Masing masing ada peranan, masing masing berusaha untuk saling menghargai.

Dalam lingkungan ramai orang ini juga, kita berusaha untuk saling bersangka baik pada semua orang. Mungkin cara berbeza, tapi kita semua cuba untuk saling menyayangi. Kerana kita bersaudara. Saudara yang sangat dekat dan sepatutnya sangat akrab.

Dalam suasana yang ramai ini. Kita boleh memilih untuk bercampur dengan semua orang, atau memilih untuk menyendiri. 'bersembunyi' di dalam bilik lebih memberikan keselesaan, bebas berbuat apa saja, dan tak perlu sepanjang masa menutup aurat. Namun jika memilih untuk mengasingkan diri, maka jadilah kita terasing.

Aku sendiri, sangat tidak biasa dalam lingkungan ahli keluarga yang ramai. Membesar di rumah dulu juga sendirian, hanya sesekali berkumpul ramai ramai dengan abang kakak dan anak saudara.

Kini masuk dalam keluarga besar suamiku yang suatu ketika sangat asing bagiku. Aku mencuba..mencuba untuk dekat dengan mereka meski aku ini bukan jenis yang rancak berbual. Sesekali bersimpuh dalam kumpulan mereka, mendengar cerita dan jenaka. Ya, aku sebahagian dari mereka juga, meski caraku mungkin berbeza dengan mereka. Apa yang aku harapkan, kehadiranku diterima seadanya.

Aku sejujurnya menyayangi mereka dan menghormati mereka sebagai sebahagian dari kehidupan suamiku. Abang ipar, kakak ipar, biras, anak saudara... mereka sebahagian dari kehidupanku juga. Aku banyak belajar dari mereka juga...

Semoga kami selamanya akan saling menyayangi dan menerima seadanya...meski kita berbeza.




2 comments:

  1. I.allah naemah, sebenarnya lama dah baca blog naemah, tapi hari ni terbuka hati nak komen. Setiap kita memang berbeza, tapi perbezaan itu menjadikan diri kita unik.. apepun terus menulis ya ummu anas. Suka baca perkongsian naemah, teruskan mendidik anak2 syurga..moga redha Allah bersama kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasibah ^_^
      Terima kasih d atas sokongan
      Mohon maaf sekiranya ada tulisan yang mengguris :D

      Malu kt Nasibah *_*

      Delete