15/8/2019-15/8/2021
Genap usia Suri Lilyana 2 tahun
Alhamdulillah
Hari ni Suri masih di rumah. Berbulan sudah, tak dapat nak ke mana, balik kampung jauh sekali.
Pada usia Suri 2 tahun ini, kita masih berada dalam suasana wabak yang kian teruk berbanding sebelum ini. Ya, tahun lepas birthday Suri pun dalam suasana wabak juga, tapi masa tu jauh lebih baik dari sekarang ni.
Namun ummi tetap bersyukur, Suri membesar dengan sihat dan baik sekali. Jarang tak sihat, dah agak lama Suri tak demam, cuma sakit terjatuh dan sedikit tercedera, akibat melasak tak kira masa, itu sajalah. Maklumlah, tengah nak membesar. Alhamdulillah tak ada yang teruk.
Bab bercakap (sebelum ni ummi dah pernah tulis pasal ni), Suri dah makin dapat sebut banyak perkataan, Alhamdulillah. Cuma mungkin Suri lambat sikit bab bercakap jika nak bandingkan dengan abang-abang Suri. Namun selagi ada progress, ummi tetap bersyukur. Insya Allah Suri akan semakin lancar bercakap. Sekarang pun dah boleh panggil ummi, abi, along, angah, dan acik walaupun masih kedengaran pelat. Alhamdulillah.
Hari ni Suri bangun pagi macam biasa. Jalani kehidupan di rumah bersama abang-abang. Ummi dan abi tak lupakan birthday Suri. Tak terlalu meraikan, sekadar ingatan dan syukur pada tarikh penuh bermakna ini.
Hari ni kebetulan juga acik ada temujanji bersunat di Klinik Thaqif. Abi bawa acik ke klinik dan selesaikan urusan acik, lepas tu beli McD untuk hidangan tengahari sekeluarga. Agak ‘meriah’ sikit hari ni dengan tangisan acik yang kesakitan bila hilang kesan bius bersunat tadi. Makin lama acik makin ok, dah tak menangis dah. Suasana tenang kembali :)
Di hari lahir Suri, tetap jalani kehidupan seperti biasa. Pakai baju cantik sikit, semata untuk bergambar kenangan :)
Apapun ummi tetap bersyukur atas kehadiran Suri dalam hidup ummi. 2 tahun sudah Suri hadir, hidup ini lebih sempurna dengan kehadiran Suri. Suri yang comel dan ceria, juga mudah dijaga dan diuruskan. Alhamdulillah.
Walaupun masih di musim pandemik, namun tetap bersyukur kerana kita masih dikurniakan kesihatan yang baik, dan dapat bersama-sama satu keluarga. Tak pasti bilakah masanya, namun insya Allah suatu hari kita kan bebas dari pandemik ini. Suri akan dapat balik kampung, jalan-jalan, shopping, dan ke mana saja seperti dulu, ketika Suri masih kecil, dan ketika wabak masih belum melanda dunia.
Insya Allah, kita kan beroleh kehidupan yang lebih baik sleepas ini. Yakin pada kuasa Allah.
Selamat hari lahir duhai satu-satunya puteri ummi dan abi, Suri Lilyana yang cantik, yang baik dan solehah, insya Allah.
Ummi dan abi sayang Suri, sayang sangat!
Semoga mudah langkah dan perjalanan Suri di dunia ini. Moga Allah pandu hati dan langkah Suri, menuju cinta dan redhaNya.
Moga bahagia dan cemerlang hidupmu di dunia dan akhirat anakku!
Ummi sayang Suri.
No comments:
Post a Comment