HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Saturday, 19 October 2019

DIARI ANAKKU: 191019




Hari Sabtu, hari kedua abi di Bintulu. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri bangun pagi hampir serentak. Serentak ‘menghidupkan’ hari baru :)


Siap mandi dan berpakaian, terus turun ke bawah. Hari ni beli breakfast di luar. Ummi bawa semua ke gerai jual nasi lemak yang tak jauh dari rumah. Siap beli nasi lemak, pusing taman Seksyen 6 sekejap, barulah balik ke rumah dan breakfast sama-sama. Ummi makan sambil meriba Suri yang dah ‘puas’ duduk dalam carseat tadi.


Lepas breakfast menonton tv dan main iPad sekejap. Lepas tu sekitar jam 9.30 pagi, buat aktiviti ‘berkenalan dengan daun’ yang ada kat luar rumah tu. Anas ambil 5 jenis daun, dan Mussaab 5 jenis. Kenal rupa, bau dan namanya, tampal pada kertas dan tulis nama daun setiap satunya. Aktiviti simple, lama ummi tak plan aktiviti dengan anak-anak. Tak sempat... Miqdad sibuk melukis di kertas. Suri pula, sempat tidur sekejap, lepas tu bangun dan menangis, sambil memangku dia, sambil buat aktiviti lah jawabnya.


Dah siap aktiviti, naik ke atas. Semua minta nak mandi kolam. Ummi benarkan mandi, apalagi seronok dan riuh la suasana di balkoni. Risau juga mengganggu jiran yang nak berehat. Agak lama main air semuanya. Suri juga sempat tidur sekejap. Jam 11 turun semula ke bawah. Ummi masakkan nasi ayam. Suri asyik merengek. Anas tolong jagakan Suri sampai ummi siap masak. Alhamdulillah Anas pun dah boleh diharap untuk mengasuh adik. Boleh la ummi nak masak, mandi dan solat sekejap.


Jam 12.30 makan tengahari. Lepas tu menonton video dan iPad lagi. Solat zohor, dan ummi tidurkan Suri di bilik. Jam 2 petang, sekali lagi minta nak mandi kolam. Tak puas-puas. Ummi benarkan mandi dan minta jangan bising sangat, tapi sekejap jelah... kembali riuh rendah suasana dengan suara mereka.


Jam 3, ummi masakkan roti sosej. Bawa naik ke atas. Rehat sekejap main air dan makan. Lepas tu sambung balik. Suri yang tadi tidur juga dah bangun, join abang-abang di luar. 


Jam 5 barulah semua tinggalkan kolam. Solat  asar dan turun ke bawah. Ummi buka video omar dan Hana. Ummi sediakan makan malam, tapi semua dah kenyang katanya. Seorang pun tak makan. Ummi bawa Suri ambil angin di luar, abang-abang masih melekat depan tv.


Jam 6 naik ke atas. Ummi mandikan Suri, dan ajar Anas dan Mussaab mengaji dan praktis reading. Lepas tu solat Maghrib dan siapkan tempat tidur. Semuanya sudah penat dan mengantuk. Main air banyak sangat kan. Pukul 8 dah lena semuanya. Alhamdulillah.


Malam masih panjang. Ummi perlu settlekan banyak kerja lagi sebelum tidur. semoga dipermudahkan.


Alhamdulillah untuk hari ini. Alhamdulillah atas keriangan dan kesihatan anak-anak ummi. Alhamdulillah diberi keupayaan pada ummi untuk menguruskan semua.


Semoga bermimpi indah semua. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Juga untuk kita semua. Semoga dipermudahkan urusan abi mencari rezeki. Moga bersatu kita selamanya di dalam rahmat Allah.

 آمين


Hari ini;















No comments:

Post a Comment