HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Sunday, 13 October 2019

SELAMAT HARI LAHIR MIQDAD


Throwback (13/10/16)




13.10.19

Selamat hari lahir Miqdad :)


Alhamdulillah, genap sudah usia Miqdad 3 tahun. Sudah besar anak ummi. Syukur, Miqdad membesar sihat, cerdas dan ceria bersama abang-abang dan adik yang baru dilahirkan (Suri dilahirkan ketika Miqdad berusia 2 tahun 10 bulan)


Seiring meningkatnya usia, semakin banyak juga yang Miqdad belajar. Kini dah ‘sekaki’ dengan Anas dan Mussaab. Main sama-sama, belajar sama-sama (berkawan dan bergasak pun sama-sama juga).


Jika sebelum ini hanya tinggal Miqdad dengan ummi saja ketika abang-abang ke sekolah, kini tak lagi. Adik Suri dah jadi teman Miqdad saban hari, tiap masa. Tapi yelah, Suri masih kecil, tak dapat nak main sama-sama dengan Miqdad lagi. Dan ummi pun lebih banyak tumpukan perhatian pada Suri, Miqdad jangan rasa terpinggir dan tersisih ya! Bukan ummi tak sayang, cuma adik perlu lebih perhatian. Dia kan baby :)


Miqdad dah pandai ‘melukis’, baru pandai pegang pensel dengan betul, sebab hari-hari dok teman Angah melukis dan buat aktiviti. Miqdad pun dah jadi ‘hantu’ kertas. Kalau dulu obses dengan dinosaur (hari-hari request nak tengok video dinosaur) sekarang dah kurang sikit. Dah jarang usik toys dan buku dinosaur :) tapi sekarang (sebab kawan dengan angah dan along), dah tumpang minat menonton video ejen Ali, boboiboy dan Minecraft.


Ummi doakan Miqdad membesar dengan sihat, dilapangkan hati, dipermudahkan setiap urusan, ditunjukkan jalan yang benar, dan semoga Miqdad jadi hamba Allah yang taat, yang sentiasa berpegang teguh pada taliNya.

Moga syurga tempat kembalimu, nak.... berkumpul bersama ummi, abi, adik beradik, keluarga dan para mukmin yang bertaqwa. آمين


Selamat hari lahir, Miqdad. Ummi sayang Miqdad. Sayang sangat-sangat!




Ilham Miqdad 

(13/10/19)


Hari ini bangun pagi seperti biasa. Macam biasa, ummi yang pertama ucapkan selamat hari lahir (sudah tentu ummi yang paling ingat tarikh penting ni). Tak ada apa yang istimewa sangat, abi pun kurang sihat, kita sekeluarga jalani kehidupan seperti biasa. Tapi sempat abi belikan 2 slices kek (kek birthday lah kiranya) dan hari ni Miqdad habiskan masa bermain dengan Anas dan Mussaab dari pagi sampai ke malam (Hari Ahad tak ke mana-mana)



12/10/19

Dah berjalan makan angin di Pantai Pengkalan Balak




1/10/19

Dah terima hadiah birthday in advanced. Alhamdulillah. 


No comments:

Post a Comment