HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Saturday, 2 November 2019

NOVEMBER MENJENGAH



Kini sudah berada di bulan November . Sudah di penghujung tahun nampaknya. Tak lama lagi 2019 akan melabuhkan tirainya. Begitulah masa berlalu dengan pantasnya.


Serius, tak terkejar nak buat semua benda. Tambahan pula dengan kehadiran si kecil di rumah ini. Kebanyakan masa banyak ditumpukan pada dia.


Termasuk juga nak menulis di blog ini. Tak ada masa. Tentang perkembangan anak-anak di sekolah, langsung tertinggal jauh. Baik Anas di SRAI Pekan Beranang, dan Mussaab di Little Diamond Kindergarten, segalanya tak sempat. Yang penting anak-anak baik-baik saja dan tiada masalah di sekolah, itu sudah cukup.


Tapi biasalah mungkin sebab sudah di penghujung tahun, semangat nak ke sekolah tak seperti awal-awal dulu. Walaupun tiada rungutan yang tak sedap didengari, tapi melihatkan mereka ‘terlebih’ happy bila hari tak sekolah,hmmm.. barangkali sudah ‘penat’ setelah hampir setahun menjalani sessi persekolahan. Hari-hari jalani rutin yang sama. Barangkali...


Tahun depan Anas masuk darjah 2. Mussaab pula masih di sekolah yang sama, tahun terakhir bergelar pelajar tadika. Harapannya, Anas akan kembali ke sekolah dengan semangat baru selepas bercuti panjang nanti. Dan harapannya Mussaab akan meneruskan hari-hari persekolahan di tadika tanpa jemu dan bosan, meski sudah masuk tahun ketiganya di situ. 


Dan besar juga harapan, agar tahun berikutnya Mussaab akan mengikut jejak Anas menyambung pengajian di SRAI juga, dengan izinNya. Maklum saja, bukan mudah nak masuk ke sekolah tu, perlu ‘bersaing’ dan perlukan persediaan. Maka tahun depan, tahun untuk ‘siapkan’ Mussaab sebaiknya untuk melayakkan diri ke SRAI. Namun segalanya tetap terserah kepada takdir Allah. Belum tahu rezeki Mussaab di mana. Insya Allah, akan yang terbaik juga untuk Mussaab. Ummi pasti akan mendoakan.


Oh ya, esok (3/11/19) akan menghadiri majlis hari graduasi sekolah Mussaab. Insya Allah satu family akan hadir dan support, termasuk baby Suri :) Katanya Mussaab akan bermain piano nanti, dan akan buat persembahan juga. Semoga Allah permudahkan untuk Mussaab dan kawan-kawan. Ummi pun tak sabar nak tengok Mussaab perform :)


Oklah, sampai sini dulu catatan di awal November ini. Inipun berapa kali skip nak siapkan satu entri ni. Punyalah tak sempat nak menulis :D


Dua bulan yang berbaki ini, sebelum melangkah ke tahun baru 2020, semoga dapat terus menjalani kehidupan dengan baik. Semoga dikurniakan kesihatan buat kita sekeluarga, dapat terus mencipta momen indah dan bahagia bersama, untuk dikenang di masa depan, untuk disyukuri setiap masa, insya Allah :)




No comments:

Post a Comment