Sudah berakhir 4 hari cuti persekolahan Anas dan Mussaab. 2 hari weekend, ditambah pula dengan 2 hari lagi cuti umum sempena hari keputeraan YDPA dan Awal Muharram, 4 hari lah jadinya :)
Alhamdulillah pada hari Sabtu berpeluang membawa anak-anak berjalan di Muzium Negara dan Planetarium Negara. Suamiku masih berada di rumah pada hari tersebut. Dapatlah ‘berjalan’ jauh sikit :)
Pada hari berikutnya, Ahad, Isnin dan Selasa, suamiku sudah tiada di rumah lagi. Seperti biasa dia kembali bertugas di Bintulu. Maknanya, 3 hari berikutnya Anas dan Mussaab hanya spend masa cuti mereka di rumah sahaja bersama ummi dan adik Miqdad. Tak ke mana-mana, paling jauh pun ke kedai Speedmart beli barang sikit :)
Di rumah, hanya melakukan aktiviti rutin seperti kebiasaan. Apa lagi, menonton tv, melukis, buat latihan Mental Arithmetic, mencatat dan melukis dalam journal, baca al-Quran, Iqra’ dan hafazan, berbasikal, berlari di halaman, bermain toys, bergurau senda adik beradik, dan aktiviti yang pelbagai sampai bersepah-sepah rumah dibuatnya. Macam biasa la, kalau hari minggu memang ‘meriah’ la rumah ni dengan segala macam benda dan peralatan :)
3 hari yang biasa-biasa sahaja barangkali untuk Anas dan Mussaab. Ummi juga tak berkesempatan nak guide special activity untuk Anas dan Mussaab. Banyak buat hal sendiri saja keduanya. Anas banyak menonton video dan melukis. Mussaab pula banyak ‘selongkar’ barang dan cuba untuk hasilkan ‘sesuatu’. Lantai pun selalu penuh dengan kertas, mainan dan alatan yang lain. Berulangkali kemas dan simpan ,:)
Dalam tempoh 4 hari percutian ini, kami menerima kunjungan tetamu pada hari Ahad. Tetamu datang tak lama, sekadar untuk bermalam dan ke tempat lain pula kerana ada urusan. Hari-hari yang berikutnya, komunikasi kita hanyalah antara kita 4 beranak saja :)
Anas dan Mussaab nampaknya dah tak sabar nak kembali ke sekolah. Bosan juga setiap hari berkurung di rumah kan? Rindu nak jumpa kawan-kawan, bermain, belajar dan buat aktiviti sama-sama. Mussaab setiap hari bertanya; esok cuti ke tak? ,:)
Apapun tetap bersyukur di atas hari-hari yang telah dilalui bersama. Biar rumah bersepah, suara riuh rendah berselang tawa dan tangis, banyak permintaan itu dan ini, walau kadang tak terlayan dan tak mampu nak layan semua, namun inilah ragam yang akan dirindui nanti. Penat, ada ketikanya penat juga. Emosi tercabar juga. Kesabaran menipis juga. Namun, inilah juga ruang mujahadah buatku. Bukan mudah mencari redhaNya. Perlu kuat dan kental. Dan perlu sering bermuhasabah diri.
Cuti sudah berakhir. Suamiku juga akan pulang ke pangkuan kami. Anas dan Mussaab akan kembali bersekolah. Rutin tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang luar biasa. Namun setiap hari tetap menjanjikan momen yang pasti dikenang bersama. Masa akan terus berjalan. Aku sedar semua ini tidak lama. Anak-anak makin hari akan makin membesar. Satu saat mungkin tak kedengaran lagu suara gamat dan riuh rendah mereka seperti hari ini. Ketika itu, mungkin hanya rindu yang datang mengusik jiwa.
Allah. Dah mula rasa sayu dan rindu. Seperti tak bersedia untuk lepaskan mereka pergi jauh. Semoga takdir hidupmu adalah yang terbaik anakku. Semoga baik-baik kehidupan kalian di masa akan datang. Semoga kita semua akan sentiasa dekat. Akan sentiasa berusaha untuk dekat. Ummi sayang anak-anak ummi. Maafkan atas segala kekurangan ummi dalam memberi :’(
Antara rutin/aktiviti cuti sekolah;
No comments:
Post a Comment