HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Sunday, 9 September 2018

MRT RIDE: MUZIM NEGARA DAN PLANETARIUM NEGARA


08/09/18: Buat pertama kalinya Anas, Mussaab dan Miqdad (dan ummi juga) menaiki MRT yang sudah mula beroperasi pada bulan Oktober tahun lepas (kalau tak silap). Dah hampir setahun rupanya. Kini baru berpeluang untuk memberikan pengalaman pada anak-anak untuk ‘bergerak’ menaiki MRT. Kali terakhir naik tren ialah pada bulan Mac 2016, menaiki KLIA express ketika musafir ke Kota Kinabalu. Kiranya semua dah ada pengalaman naik tren sebelum ni. Cuma MRT, inilah yang pertama kali :)


Hari ni suami plan nak bawa anak-anak berjalan ke Muzium Negara. Mungkin sebab esok dah nak kembali bertugas di Bintulu, so hari ni nak spend masa berkualiti dengan anak-anak. Ummi dah berangan nak panjat Bukit Broga :D nak tawan kali kedua selepas yang pertama dulu, 2015. Tapi dah suami ajak ke Muzium Negara, ok kan je la. Menarik juga tu :)


Catatan perjalanan dan pengalaman hari ini ;



Mass Rapid Transit  (MRT)


kami meninggalkan rumah jam 8.30 pagi,menuju ke stesen MRT Sg. jernih, Kajang. Dalam 20 minit perjalanan dari rumah. Sebagaimana dijangka, hari ni (sabtu) tak ramai orang menaiki MRT. Parking banyak, Tren lengang. Hari ni Anas dan Mussaab belajar membeli tiket tren di mesin automatik, belajar etika menaiki tren seperti beratur, tidak berbuat bising dan makan di dalam tren, dan memberi keutamaan tempat duduk kepada yang kurang berupaya seperti pregnant woman dan orang tua. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Kami turun di stesen MRT Muzium Negara.
























Muzium Negara Kuala Lumpur


Kami sampai di stesen Muzium Negara jam 10 pagi. Kami terus meninggalkan stesen MRT dan menuju ke Muzium Negara. Suamiku membuat pembayaran di kaunter tiket sebanyak rm 2 seorang (2 tiket sahaja). Kami terus menuju masuk ke dalam dewan pameran yang dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Ia menceritakan sejarah ketamadunan manusia awal di tanah melayu, zaman penjajahan dan juga sebelum dan selepas kemerdekaan. Banyak bukti dan khazanah sejarah yang diarkibkan di Muzium Negara. Kalau nak baca satu persatu apa yang dicatatkan, memang perlukan sehari suntuk masa di situ :)


 Anas begitu berminat dengan sejarah nampaknya. Banyak yang ditanya, dan perlu kepada penjelasan bijak buatnya yang baru berumur 6 tahun ini. Dia juga yang memegang kamera, mengambil setiap gambar artifak dan bahan sejarah yang dipamerkan. Mussaab dan Miqdad, biasalah tempat macam tu tak menjanjikan keseronokan untuk anak kecil seusia mereka. Cepat bosan, kerap mengajak untuk keluar :) Tapi Alhamdulillah sempat round semua tempat dan dapat menghayati penceritaan sejarah yang terdapat di dalam Muzium tersebut, walaupun bukan semuanya :)


Kebetulan pula hari ini diadakan karnival Aspirasi Merdeka,agak ramai juga pengunjung yang datang termasuk pelancong luar negara dan kumpulan pelajar dari sekolah-sekolah yang berbeza.


Selesai menjelajah semua bahagian dalam Muzium Negara, kami keluar untuk melihat pameran dan persekitaran di luar pula. Perut juga sudah lapar, kami menjamu selera dengan kebab, lemang dan kopi yang dijual berdekatan dengan tempat berlangsungnya karnival. Kami meninjau persekitaran Muzium Negara dan bergambar. Lebih kurang jam 12, kami keluar dari tapak Muzium Negara dan menuju pula ke Planetarium Negara yang letaknya bersebelahan dengan Muzium Negara.








































Planetarium Negara Kuala Lumpur 


Dari Muzium Negara ke Planetarium Negara, walaupun letaknya hanya sebelah menyebelah namun agak ‘mencabar ‘ juga untuk sampai. Perlu melepasi 3 anak tangga yang tinggi mencuram. Planetarium lokasinya tinggi di atas bukit. Berpeluh-peluh kami dibuatnya untuk sampai ke destinasi seterusnya. Exercise di tengah Kota raya. Tak adalah kempunan sangat tak dapat mendaki Bukit Broga :D


Lebih kurang 10 minit perjalanan ‘mendaki’ tangga, kami sampai di Planetarium Negara. Ini adalah kali kedua kami sekeluarga kesini. Kali pertama datang ialah pada tahun 2015. Ya, kali pertama untuk Miqdad. 


Kami masuk ke dalam bangunan Planetarium, melihat dan mencuba peralatan yang ada. Banyak maklumat tentang dunia astronomi dan angkasa lepas di sini. Ini juga antara yang menjadi subjek kesukaan Anas. Planet, galaksi, bulan bintang, banyak yang sudah dia kuasai. Alhamdulillah, di sini juga menjanjikan keseronokan buat Anas dan Mussaab, dalam masa yang sama menambah ilmu pengetahuan.


Agak ramai juga pengunjung di Planetarium Negara, dan kebanyakannya juga adalah rombongan sekolah. 


Kami sempat menonton ‘show’ yang dijadualkan pada jam 1 petang. Kami diberi penjelasan tentang bintang-bintang di langit, dan dihidangkan dengan short movie yang bertajuk Earth, Moon and Sun. Banyak maklumat yang cuba disampaikan di dalam movie tersebut. Show yang ditayangkan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit. Selesai show, kami beransur keluar dan menuju ke stesen MRT untuk balik semula ke Semenyih. Kami menunaikan solat zuhur di surau yang disediakan di stesen MRT, dan menempuh perjalanan balik menaiki MRT sekali lagi.


Kami tiba di stesen Sg. Jernih jam  3 petang. Terus menaiki kereta dan menuju ke rumah kami di seksyen 6, Bandar Rinching.
























Alhamdulillah, dapat mengisi masa yang berkualiti dengan anak-anak. Perjalanan ini memberi pengalaman baru untuk Anas, Mussaab dan Miqdad (ummi dan abi juga) dari menaiki tren, mengunjungi Muzium Negara, dan Planetarium Negara. Banyak pelajaran yang dapat dikutip bersama hari ini. Banyak nilai yang ditanam dalam diri hari ini. Banyak sangat. Biarpun penat, tapi penuh bermakna. Untuk Anas, Mussaab dan Miqdad, pastinya ia bukan perjalanan yang sia-sia. Akan ada, dan pasti ada manfaatnya. Insya Allah. 


Terima kasih sekali lagi untuk suamiku. Yang sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak di ketika adanya. Ya, selepas hari ini anak-anak akan kembali menghabiskan masa dan cuti sekolah di rumah sahaja. Abi dah kembali ke lapangan kerja, dan anak-anak akan habiskan masa bersama ummi sahaja. Insya Allah akan tetap dipermudahkan semuanya :)


1 comment: