HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Thursday, 6 September 2018

DENTIST VISIT: UNTUK PERTAMA KALINYA






Lagi cerita tentang anak-anak di Little Diamond Kindergarten. Cerita Anas dan Mussaab, semestinya :)

Semalam bertarikh 5/9/18, Anas, Mussaab dan kawan-kawan menyertai trip ke Klinik Gigi. First visit untuk Anas dan Mussaab, actually :)

Sebelum ini bila sebut saja nak jumpa doktor/doktor gigi, takut bukan main lagi. Entah dari mana dapat gambaran bahawa doktor itu ‘menakutkan’. Rasanya tak ada pula ummi bercerita ‘buruk’ pasal doktor :D tambahan pula ada bapa saudara dan mak saudara yang bekerja sebagai doktor, baik pula tu. Tapi tiba masa nak diajak jumpa doktor, bersungguh-sungguh menolak. Hai anak..

Sebelum ni pernah jumpa doktor untuk cek demam, batuk dan yang sewaktu dengannya. Jarang juga jumpa doktor, kecuali memang rasa perlu jumpa doktor. Kebiasaannya kalau demam pun akan baik sendiri. Cuma kalau lebih dari 3 hari contohnya, akan dibawa ke klinik untuk membuat pemeriksaan doktor. Pernah sekali Anas dan Mussaab sampai ke tahap perlu diambil darah untuk pemeriksaan lanjut, meraung riuh satu klinik dibuatnya. Sebab tu jugalah kot klinik/hospital menjadi tempat yang menakutkan buat mereka.

Berbalik pada cerita dentist visit tadi, Anas dan Mussaab tak pernah lagi membuat rawatan dan pemeriksaan gigi. Anas pernah mengadu sakit gigi sampai menangis-nangis , tapi bila diajak ke klinik gigi, sejak itu tak dengar lagi dia mengadu sakit gigi. Entah memang tak sakit atau ditahannya rasa sakit sebab tak nak jumpa doktor gigi ,:)

Bila dimaklumkan sekolah akan mengadakan lawatan ke klinik gigi, terasa alangkah baiknya. Sudah lama terfikir, bagaimana nak pujuk anak-anak untuk berjumpa doktor gigi, sekadar untuk membuat pemeriksaan gigi. Terbaik sangat Little Diamond, dapat membaca hati ibu-ibu sepertiku ini :D sekurang-kurangnya anak-anak lebih akur, bila arahan datang dari guru mereka. Ada juga Anas meluahkan rasa takutnya, tapi bila diterangkan dengan baik, dia percaya tidak ada apa yang nak ditakutkan. Sekali lagi, kerana ia datang dari gurunya, Anas dan Mussaab jadi lebih akur :)

Di sana, anak-anak membuat pemeriksaan gigi secara percuma dan mendapat sedikit sebanyak ilmu tentang ‘gigi’ mereka dan mereka juga diajar memberus gigi dengan betul. Siap bawa balik hadiah berus gigi dan ubat gigi lagi, sorang satu. 

Yang lucunya, balik ke rumah ke sana ke mari tak lepas berus gigi dan ubat gigi yang dibawa balik tadi. Tak lupa bercerita pengalaman di klinik gigi serta pesanan dari doktor gigi, dan yang paling best, dah dapat buang mindset bahawa ‘doktor gigi tu menakutkan’. Hehe. Alhamdulillah. 

Dari pemeriksaan doktor tadi, Anas perlu membuat rawatan susulan di klinik gigi, sebab satu giginya dah berlubang. Patut lah hari tu mengadu sakit gigi kan. Mussaab pula Alhamdulillah giginya tiada masalah. Kena rajin brush dan jaga gigi sebaiknya lepas ni. 

Alhamdulillah, trip yang sangat bermanfaat. Walaupun dekat, walaupun sekejap. Anak-anak kami mendapat pengalaman baru lagi. Untuk yang pertama kali berjumpa doktor gigi seperti Anas dan Mussaab, pasti ini adalah pengalaman yang menyeronokkan buat mereka. Kalau yang takut dengan doktor gigi pula, mungkin lepas pertemuan hari ni dapat tukar fikiran mereka dan tak takut lagi pada doktor gigi, dan para doktor yang lain. Kesian doktor sebab ramai budak takut kan :D Walhal doktor tugasnya nak merawat sakit, bukan nak tambahkan sakit :D taklah, sebenarnya budak-budak ni (mak bapa budak pun sama la) ‘gerun’ dengan peralatan doktor tu. Nampak pisau, besi, pencungkil, gunting dan yang lain-lain. Bila tengok semua tu kecut perut dibuatnya. Haha.

Ok, tamat sudah cerita dentist visit anak-anak Little Diamond Kindergarten. Yang pasti ia satu usaha yang sangat baik dan bermanfaat dari pihak sekolah untuk ‘mengajar’ anak muridnya. Banyak pelajaran di ‘luar kelas’ yang telah anak-anak kutip tanpa sedar. Sekali lagi terima kasih tak terhingga pada guru-guru Little Diamond Kindergarten. Semoga akan dapat memberikan yang lebih baik lagi untuk anak-anak kami. Insya Allah.


Di Klinik Pergigian EcoSmile-Ecohill 



















No comments:

Post a Comment