Sambungan entri;
Whitewater Rafting
Selepas menikmati hidangan breakfast, kami bersedia untuk menyertai aktiviti seterusnya di sini iaitu whitewater rafting. Aku pada mulanya tak tahu bagaimana bentuk aktiviti ini. Bila orang cakap naik bot, aku just bayangkan naik bot seperti biasa. Ikut sajalah. Sebelum berangkat ke lokasi, kami semua diminta menyarungkan jaket dan topi keselamatan. Kemudian kami dibawa menaiki hilux beramai-ramai menuju ke lokasi yang juga tidak berapa jauh dari homestay. Kami tidak dibenarkan membawa apa-apa termasuk handphone kerana ia melibatkan aktiviti di dalam air.
Di sini barulah aku jelas bagaimana rupa aktivitinya. Oh, macam ni rupanya. Selalu tengok kat tv je. Aku pula dengan hanya berkain sahaja sebab tak bawa seluar. Miqdad pula peserta paling muda. Berdoa dan bertawakkal sesungguhnya, sebab nak balik dah tak boleh. Kami akan menaiki perahu di lokasi permulaan ini dan akan turun di lokasi yang lain, selepas menyusur anak sungai sejauh lebih kurang 5km.
Aktiviti agak menarik sebenarnya walaupun sedikit mencabar. Kami menyusur anak sungai yang arusnya di sebahagian tempat tenang saja, di sebahagian yang lain pula agak deras. Airnya tidaklah dalam sangat, tapi berbatu. Bagi yang sukakan aktiviti lasak, memang sesuailah aktiviti sebegini. Aku dan Miqdad menaiki perahu yang dikayuh oleh budak yang sudah terlatih. Jadi, lebih terjamin perahu tak akan terbalik. Anas dan Mussaab naik sekali dengan Zawiah, juga ada ‘pengayuh’ disediakan. Suamiku pula mengayuh sendiri membawa penumpang yang lain. Jatuh terbalik, usah cerita. Setiap orang dapat merasa. Tapi seperti yang aku katakan, airnya tidaklah dalam. Dan ia perkara biasa. Cuma agak luar biasa bila Miqdad pun join sekaki. Mahu tepuk dahi siapa yang melihat.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kami semua dalam perlindungan Allah, tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Anak-anak tenang terkawal, dan mereka memperoleh pengalaman baru hari ini.
Antara gambar sekitar whitewater rafting yang dikongsi di laman fb pihak homestay
I
Mandi sungai
Mandi sungai
Aktiviti terakhir sebelum meninggalkan homestay ialah bermain di sungai yang berdekatan dengan homestay. Suamiku menemani anak-anak dan kanak-kanak yang lain bermain di sungai. Miqdad juga tak terkecuali, suka sangat dapat bermain air.
Kanak-kanak mandi sepuasnya di sungai. Kaum ibu pula sibuk memasak untuk hidangan tengahari kami. Alhamdulillah dapat mengisi perut untuk kesekian kalinya. Masing-masing makan dengan sangat berselera setelah penat bermain air sejak pagi.
Selesai makan dan urusan check out, kami bertolak balik jam 3 petang. Dalam perjalanan kami singgah di Kim Yong Market, Hat Yai. Kak za mambeli sedikit buah berangan untuk Mak, dan kemudian singgah di kedai cenderahati membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.
Kami kembali ke Malaysia melalui jalan Sungai Golok-Rantau Panjang. Tiba di sempadan hampir jam 10 malam. Alhamdulillah. Sehari lagi menempuh perjalanan yang panjang, namun dipermudahkan. Syukur pada Allah memberikan pengalaman baru buat kami, menjejakkan kaki ke tempat yang belum pernah kami sampai. Kalau ikutkan perjalanan jauh seperti ini tak cukup untuk hanya 2 hari 1 malam seperti ini. Tak sempat nak hilangkan penat bermusafir, dah perlu balik semula ke tanah air. Apapun syukur dengan segala peluang yang ada. Ia tetap sebuah musafir yang memberikan 1001 kenangan indah buat kami sekeluarga.
Alhamdulillah.
Insya Allah akan menulis sedikit review tentang homestay kami di sana :)
No comments:
Post a Comment