Sambungan dari catatan lepas;
Seterusnya catatan hari ke-2 di Phatthalung, Thailand. Hari ini terisi dengan banyak aktiviti, dan hari ini menyambung perjalanan yang panjang lagi untuk kembali ke Malaysia.
Awas! Entri ini akan dipenuhi dengan gambar-gambar yang banyak!
Matahari terbit di puncak bukit
Sebaik bangun dari tidur dan menunaikan solat subuh, kami menikmati pemandangan dan menghirup udara segar di sekitar homestay. Pagi ini dapat melihat jernihnya air sungai yang mengalir di tepian homestay kediaman kami. Anak-anak juga bangun awal dan sempat mengikut mereka yang sudah bersedia untuk ke puncak bukit berdekatan homestay.
Sempat juga mengunyah roti bakar yang telah disediakan oleh rakan musafir kami. Tiba di puncak bukit, terpegun kami melihat panorama yang sangat indah. Di situ terdapat tasik yang sangat luas, bersama pemandangan bukit kiri dan kanan. Sempat kami melihat dan bergambar berlatarkan matahari terbit, tasik dan bukit. Cantik sekali ciptaan Allah. Tenang dan lapang rasanya hati terpukau dek ciptaan Allah yang sangat indah ini.
Bergambar bersama semut merah
Selepas meninggalkan puncak bukit tadi kami singgah pula di kawasan yang berdekatan dengan homestay juga, di mana di sini terdapat banyak replika semut merah. Kami tak melepaskan peluang untuk bergambar sebanyaknya, sebelum balik semula ke homestay.
(Maaf tak mampu membaca setiap bait tulisan yang tertulis. Maka tak mampu nak menghurai lebih lanjut tentang lokasi ini)
Ok sampai di sini dulu cerita pagi ini. Puas bergambar dan berjalan di sekitar tempat ini, kami balik semula ke homestay dan menikmati hidangan breakfast yang disediakan oleh pihak homestay. Katanya dibeli dari orang melayu. Maka halal, insya Allah. Ada beraneka jenis kuih, termasuk nasi goreng dan bubur nasi yang dimasak sendiri. Kami mengisi perut yang sudah kelaparan. Alhamdulillah :)
Our breakfast
Ok, untuk next aktiviti kita sambung ke entri seterusnya. Insya Allah.
Sambungan; TRIP TO PHATTHALUNG, THAILAND: PART 3
No comments:
Post a Comment