HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday, 10 August 2015

BILA ANAK TIDAK SIHAT


Ini bukan update pertama berkisarkan tentang anak sakit atau tidak sihat. Seperti biasa, keadaan anak yang tidak sihat akan merisaukan hati seorang ibu. Semua ibu pasti merasakan yang sama, bila berhadapan dengan situasi anak sakit atau kurang sihat. anak sakit, hati ibu menderita :'(

Anak yang sakit dah tentu tak ceria, meragam, tak berselera makan, kurang bermain, dan bermacam lagi, yang sering membuat hati ibu risau dan sedih. Waktu inilah datang rasa menyesal kerana pernah marah marah, rasa rindu pada jerit pekik mereka, meski dulu jeritan itu rasanya sangat membingitkan telinga. Tak seronok pula tengok bakul mainan tak terusik, padahal sebelum ni sakit mata tengok barang permainan yang berselerak. Suara anak menangis kerana sakit lebih memilukan, berbanding dia menangis dan meratap kerana mahukan sesuatu. Aduh... Hati ibu merana wahai anak.

Kedua anakku, bukanlah dalam keadaan terlantar sakit yang serius. Masih aktif bermain dan ketawa. Tapi memikirkan sudah masuk hari ketiga mengalami cirit birit, hatiku jadi tak tenteram dan risau. Beraknya taklah kerap sangat, tapi setiap kali berak mesti cair najisnya. Mendengar tentang kes yang macam macam dan membimbangkan, aku tak terlepas dilanda kebimbangan. Lebih lebih lagi di saat suami jauh begini. Alhamdulillah mereka masih boleh bermain dan makan. Si adik juga masih menyusu dengan baik. Namun hati risau Allah saja yang tahu. Semoga Allah melindungi anak anakku..

Satu lagi yang tak kurang memberi kerisauan di hatiku ialah keadaan Anas yang dijangkiti kudis di badannya. Mulanya ingat tak banyak, dan ingatkan kudis biasa sebab sebelum ni tak pernah ada. Bila tengok semalam ada dalam 6 biji, terus jadi takut dan risau kudis apalah ni. Terus masej adik ipar/biras (seorang doktor) bertanyakan hal tersebut. Alhamdulillah ada guide yang boleh membantu. Aku sertakan printscreen di sini mudah mudahan menjadi panduan bagi mereka yang mengalami situasi yang sama. Kredit buat dr Nasibah yang sering menjadi tempat rujukan kami sekeluarga dalam bab kesihatan. Ya.. Bertanyalah pada yang pakar :)











Hari ini masih terus memantau keadaan Anas dan Mussaab. Doaku semoga keadaan mereka semakin baik dan kembali sihat seperti biasa. Insya Allah :)

No comments:

Post a Comment