Pada hari Ahad yang lepas (9/8/15) berpeluang menghadiri majlis perkahwinan adik ipar (Asma dan Afif) di Taman Melawati. Majlis untuk sebelah pengantin lelaki pulak kali ni. Majlis dibuat di sebuah tempat yang dinamakan laman pengantin. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Ini merupakan kali pertama menghadiri majlis seumpama ini, sebagai ahli keluarga pengantin. Maklum saja, boleh dikatakan kebanyakan ahli keluarga berlahwin dengan orang kelantan saja. Kalau ada pun mungkin aku tak pernah hadiri majlis mereka. Jadi tak pernah la merasa hadir di majlis 'gah' sebegini :)
Aku katakan 'gah' kerana ini adalah kali pertama untukku. Mungkin di sini majlis seperti ini biasa saja, berbanding majlis perkahwinan lain yang lebih grand kan? Namun majlis seperti ini tetap berbeza dengan majlis di tempatku. Dan kalau nak dibandingkan dengan majlis perkahwinanku, lagilah tak terbanding :)
Pertama kali bersama ahli keluarga mengiringi pengantin ke pelamin yang dihias cantik. Tetamu yang hadir memberi tumpuan sepenuhnya (pada pengantin). Langkah demi langkah disusun hingga ke meja makan paling hadapan. Kiranya tetamu yang paling istimewalah. Rasa best pun ada. Hehe
Kami ikuti upacara majlis dari awal hingga akhir. Alhamdulillah Anas dan Mussab pun behave je dalam majlis tu. hingga ke sessi makan makan, tiada masalah menjaga keduanya dan makan pun agak berselera. Dan alhamdulillah kenyang menikmati juadah yang disediakan.
Majlisnya sekejap saja. Dalam sejam macam tu je. Dah kenyang makan, bersedia untuk balik lah. Selesai..
Oh ya, sehari sebelum majlis ibu mertuaku terpaksa ditahan di wad (hospital kajang). Risau juga kalau keadaannya bertambah teruk dan tak dapat menghadiri majlis. Namun Alhamdulillah mak keluar hospital pada esok paginya dan bersiap terus ke majlis tersebut. Keadaan mak masih lemah, namun didoakan semoga kesihatan mak bertambah baik.
Tak lupa doa buat pengantin agar berbahagia hingga ke syurga :)
No comments:
Post a Comment