HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday, 10 August 2015

BAHAGIA BERGELAR IBU




Gelaran apakah yang paling membahagiakan? Permaisurikah? Bidadarikah? Princesskah??

Jawapannya ibu. ya, ibu...Gelaran yang sangat membahagiakan. Dari saat mengetahui kita bakal menjadi ibu, kegembiraan dan kebahagiaan dengan sendirinya meresap ke hati. Bahagia yang  sukar diungkap :)

Tempoh 9 bulan mengandungkan permata hati, juga saat membahagiakan meskipun banyak kesukaran dan kepayahan yang terpaksa ditempuh. Di awal kandungan tiada selera makan dan muntah muntah, sakit kepala dan lemah badan. Hingga kandungan membesar, langkah pula jadi tidak berdaya. Duduk dan bangun menjadi perkara sukar. Emosi juga adakalanya tak stabil. Mudah marah, mudah tersinggung, mudah menangis, dan macam macam lagi.

Hingga saat melahirkan, sekali lagi ibu terpaksa bertarung nyawa untuk melahirkan yang tersayang. Betapa sakit, betapa perit, hanya ibu yang merasa. ibu perlu kuat, perlu berusaha sehabis baik untuk memastikan si anak lahir dengan selamat. Nyawa ibu jadi taruhan. Dan saat kelahiran si kecil, sedikit demi sedikit membuatkan ibu terbuai dan seolah tidak pernah merasakan kesakitan itu. kerana perasaan bahagia melebihi rasa sakitnya melahirkan.

Saat menjaga si kecil juga bukan perkara mudah. Di dalam pantang, pergerakan juga agak terbatas dan perlukan pertolongan insan di sekeliling. Si kecil ini perlu disusukan, dimandikan, dan diperhatikan hampir setiap masa. Hingga masa terus berlalu, si kecil kian membesar dan sering membahagiakan si ibu dengan senyuman dan tawanya. namun ada kalanya juga tangisan si kecil menggusarkan si ibu. Apatah lagi bila ditimpa demam atau sakit. Ibu melayan tanpa penat, berdoa tanpa jemu, hingga adakala makan dan tidur tak menentu. 

Saat si anak sedang membesar juga ibu melayan penuh sabar. walau rumah seakan tunggang terbalik dikerjakan si anak, walau kepenatan mengemas dan menyusun, dan entah berapa kali sehari mencuci dan mengelap makanan dan minuman yang ditumpahkan, namun sabarnya ibu membesarkan si anak ini. Adakala ibu lembut melayan, adakala juga ibu menyinga dek kerana penat :) namun itu semua tak mengurangkan sayang dan cinta. Sabar ibu mengatasi marahnya, walau adakalanya, seakan sukar untuk bersabar... istighfarlah ibu..

Kian anak dewasa, hati ibu tetap menyintai dan mengasihi si anak. tak terkurang sedikit pun kasih sayang itu. Malah ibu bahagia melihat pencapaian demi pencapaian si anak. Ibu terhibur melihat jenaka dan gelak tawa si anak. Ibu terpesona melihat tingkah laku dan akhlak baik si anak. Malah segalanya tentang anak, pasti membahagiakan hati si ibu..

Semakin dewasa si anak, bererti semakin tua si ibu. Anak anak pasti tidak mengerti hati ibu, dan tidak merasai segala yang ibu pernah tempuhi, namun satu yang ibu harapkan, mengertilah bahawa ibu sangat mencintai anaknya. Cinta setulus hati, dan akan pergi bersama cinta ini. Bahagia hadir saat mengandungkan anaknya lagi, hingga melahirkan, hingga mendengar suara anak memanggilnya 'ibu', hingga anak boleh berjalan dan berlari, boleh mengira dan membaca, dan sehingga pencapaian demi pencapaian sehingga hari ini. Ibu terlalu gembira dan bahagia keranamu wahai anak. Terlalu bahagia, dan tak terungkap rasa bahagia ini..

Aku, seorang ibu yang akan sering mendoakan kebahagiaan, kecemerlangan dan kemuliaan buat anak anakku di dunia dan akhirat. dan aku percaya ibu ibu di luar sana juga sama. Terlalu bahagia menjadi seorang ibu kan??




No comments:

Post a Comment