25/2/2024
Alhamdulillah atas kelahiran anakanda tercinta, puteri kedua ummi dan abi.
2/3/2024
Alhamdulillah genap 7 hari usia sang puteri. Dalam keadaan sihat dan baik saja, Alhamdulillah.
Mengambil sunnah dan keberkatan hari ke-7, selesai sudah majlis aqiqah dan bercukur anakanda yang diadakan di rumah neneknya di Kota Bharu.
Nama Nuha Khadeeja menjadi pilihan buat puteri tercinta. Nuha yang memberi maksud bijaksana, dan Khadeeja/Khadijah mengambil sempena nama isteri pertama Rasulullah yang mempunyai nilai peribadi yang unggul di dalam islam.
Begitu jua hendaknya puteri ummi ini. Bijaksana dan unggulnya peribadimu, biar persis Sayyidatina Khadijah, isteri tercinta Rasulullah.
Nama sebagai doa dan harapan. Nama juga menjadi cermin untuk kau kenal diri dan membentuk keperibadian. Insya Allah, nama yang baik menuntun kepada peribadi yang baik. Begitulah doa dan harapan ummi dan abi.
Terima kasih ya Allah atas anugerah cahaya mata. Bimbinglah kami untuk memikul amanahMu dengan bijaksana.
No comments:
Post a Comment