HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Wednesday, 21 February 2024

CATATAN KEHAMILAN: MENGHITUNG DETIK



Satu minggu menuju hari ‘serah diri’ di hospital (untuk diinduce).


Di minggu yang ke-38 kehamilan. 

Segala rasa ada!


14/2/2024

(Genap kandungan 37 minggu)


Hari ni check-up di KK Kijang buat pertama kalinya lepas balik kampung. Alhamdulillah ok saja, kecuali bacaan Hb yang tak naik-naik, malahan menurun lagi (8.8). 

Tak tahu silapnya di mana, ubat tak pernah tinggal. Keadaan diri pun ok je, takde pening-pening nak pitam ke, takde. Penat tu biasa, kalau banyak berjalan. 


Lepas check-up spend masa berjalan di pantai PCB sekejap. Malamnya, sakit pinggang luar biasa menyerang. Luar biasa sebab sakit yang lebih kuat dari hari kebiasaan. Pulak tu, sakit yang tak hilang-hilang. Rasa ditekan sekuatnya. Nak bergerak dan bertukar posisi rasa sukar amat. 


Suami tolong urutkan dan sarankan aku mengambil panadol. Alhamdulillah semakin lega selepas itu. Dapat tidur dengan lena. 



15/2/2024

Syukur keadaan kembali seperti biasa. Tiada lagi sakit yang mencengkam seperti semalam. Sakit pinggang tetap ada. Datang dan pergi macam biasa. 


Sempat hadir kenduri sepupu di Tumpat. Segalanya baik. Rasa sihat-sihat saja.



16/2/2024

Hari ni pening dan rasa macam nak demam. Tambahan pula selesema sejak beberapa hari lepas. Ambik panadol 2 biji, legalah sikit. Tak melarat-larat. Sempat jalan-jalan di pasar pagi. Cuaca panas, rasa penat dan tak selesa. Balik rumah, rehat saja. Teruskan hari seperti biasa di rumah mak mertua. Takde buat apa pun. Rasa oklah, sakit pinggang jelah yang lebih. 



17/2/2024

Ke Kuala Krai, bawa anak-anak ke Mini Zoo Kuala Krai. Dan ke rumah adik ipar yang nak berpindah ke Wakaf Bahru. Banyak jalan, banyak gerak. Alhamdulillah rasanya ok saja. Penat berjalan dan mengusung perut jelah. Dan memang tak ada tanda-tanda nak bersalin dalam masa terdekat. 



18/2/2024

Di rumah saja hari ni. Makan tidur, rehat serehatnya. Keadaan diri yang sama. Sakit lenguh biasa. Baby still gerak ok, insya Allah sihat dan baik saja dia, walaupun ummi ni makan minum tak terkawal sangat dah. Moga Allah jaga dan lindungi sentiasa. 



19/2/2024

Temujanji kali terakhir di KK Kijang sebelum bersalin. Hari ni juga diberikan surat untuk masuk hospital pada tarikh 21/2/2024. 


Masih tiada tanda bersalin. Sesekali diserang rasa sakit di bahagian ‘bawah’ seakan kontraksi. Tapi tak lama. Beberapa saat saja, dan hilang. Keadaan kembali seperti biasa. Tapi rasa macam lebih ringan badan. Sakit belakang dan pinggang datang dan pergi. 


(Suami bertolak ke KL malam ni untuk hadiri meeting esok)



20/2/2024

Di rumah tak ke mana-mana. Ambik masa bertenang. Hanya satu hari ini saja. Esok perlu serah diri di hospital. Alhamdulillah memang terasa tenang saja hari ni. Tak ada overthinking, tak terlalu memikirkan. Berserah pada Allah. Percaya pda prosesnya. Jauh di sudut hati, debaran tetap ada tapi tidak terlalu dilayan. Hanya mahu tenang saja.


Baby still aktif gerakannya. Tiada tanda bersalin dan terasa sihat saja. Jauh lebih baik dari semalam dan sebelum ini. Macam biasa, hanya sakit-sakit pinggang bila bangkit dari tidur dan duduk yang lama. Langkah dan solat terasa ringan saja. Kontraksi manja ada juga rasa. Datang sekejap-sekejap dan tak terlalu mengganggu. 


(Suami on the way balik dari KL. Esok perlu bawa isterinya ke hospital. Kesian, penat memandu dari semalam).



21/2/2024

(Genap kandungan 38 minggu)


Telah tiba harinya. Hari perlu mendaftarkan diri di wad bersalin HRPZ. Keluar rumah jam 8.30 pagi, ditemani suami dan 2 anak; Miqdad dan Suri. Breakfast dulu kat kedai, then cari sedikit keperluan di Mydin KB, dan mendaftar di wad bersalin (wad 11).


Keadaan diri, biasa-biasa saja. Ada juga rasa baby mengeras. Ada juga rasa sakit yang tak melarat-larat. Setakat itu saja hari ni. Cek bukaan serviks (belum ada bukaan). Kepala masih belum masuk laluan. Ya, esok akan diinduce!


Menanti cerita esok pula. Tenang dalam debaran. Pada Allah jua aku bertawakkal. 



Sambungan: 

No comments:

Post a Comment