HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Wednesday, 20 September 2023

PERCUTIAN 2 HARI 1 MALAM DI PULAU PERHENTIAN



Pada cuti sekolah yang lepas sempat bercuti sekejap di Pulau Perhentian (29-30/8/23) sebelum meraikan hari keluarga di kampung. Alhamdulillah, satu percutian singkat yang menghadiahkan kenangan manis buat kami sekeluarga.


Pada 29/8, bertolak dari rumah mak mertua di Kota Bharu pada jam 7 pagi, singgah breakfast sekejap di kedai nasi dagang Kak Jue (di Tok Bali) dan berada di jeti Kuala Besut pada pukul 8.30 pagi. Kami booking melalui ejen Jejak Kembara di mana pakej percutian kami termasuk penginapan, bot pergi dan balik, dan snorkelling trips.


Pada jam 9.15 pagi kami menaiki bot dari jeti Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sebaik sampai, kami ke chalet (Perhentian Suria) yang terletak di Kampung Nelayan dan meninggalkan barang (belum check in) dan naik bot semua untuk snorkelling trip seperti yang dijadualkan. Kami dibawa ke 5 lokasi yang terkenal di situ iaitu; Turtle Beach, Turtle Point, Coral Garden, , Shark Point, dan Lata Air Berani. Anak-anak sangat enjoy beraktiviti snorkelling hari ni.


Selesai snorkelling trip, kami dihantar balik ke chalet untuk check in, makan tengahari dan beraktiviti bebas. Pada sebelah petang ada aktiviti berkayak dan trip ke Long Beach, tapi kami tak sertai, hanya membuat aktiviti sendiri saja. Masuk waktu maghrib, suami bawa anak-anak lelaki berjemaah di masjid yang jaraknya tak jauh dari chalet. Selepas solat, makan malam bersama di sebuah kedai makan yang berdekatan. Lepas makan balik semula ke bilik, berehat dan tidur.


Esok harinya, bangun awal dan breakfast bersama di kedai makan (deretan kedai makan yang ber’view’kan laut). Cantik dan nyaman pemandangan pagi ini. Masya Allah.


Lepas breakfast, sewa water taxi pula untuk ke Coral Gerden (sebab anak-anak tak puas snorkelling semalam). Berpagian di Coral Garden, best sangat sebab tak ada pengunjung yang lain (berbanding semalam penuh sesak dan sekejap saja masa diberikan untuk snorkelling di sini). Lebih kurang 2 jam berada di sini pagi ni. Seronok anak-anak mandi laut dan bersnorkelling  sehingga puas. 


Kemudian balik semula ke chalet, berkemas, check out dan ready untuk balik ke jeti Kuala Besut. Seperti yang dijanjikan, bot ambil kami pada pukul 12 tengahari. Meninggalkan Pulau Perhentian dengan 1001 kenangan manis bersama. Alhamdulillah.


Alhamdulillah still manis, walaupun sepanjang snorkelling trip semalam aku dalam keadaan ‘tak betul’. Mabuk laut (plus pregnant), tambah keadaan bot yang terhuyung-hayang dipukul ombak membuatkan diri jadi lemah-selemahnya. Di point ke-4 dah tak tahan, dan termuntah dengan banyaknya. Di point ke-5 (Lata Air Berani), hanya terdampar di tepi pantai, sedang suami dan anak-anak berjalan explore kawasan tersebut. 


Apapun keseluruhannya, best sangat! Seronok tengok anak-anak enjoy snorkelling (terutama Mussaab) dan dapat tengok hidupan laut, sampai tak sedar masa berlalu. Enjoy  dapat spend masa di laut dan pantai yang cantik dan masih terjaga. 


Kami meninggalkan Pulau Perhentian dengan kenangan manis yang pasti tak dilupakan. Walaupun singkat saja percutian ini, ia masih memberikan kepuasan yang tersendiri. Insya Allah, ada rezeki kita bercuti di tempat yang best lagi! 


Syukur padaMu ya Allah, atas rezeki dan kenikmatan dariMu yang tak pernah putus.




Gambar-gambar kenangan;










































No comments:

Post a Comment