3 minggu berlalu. Alhamdulillah, ibadah haji sudah pun selesai. Mudah-mudahan suamiku beroleh haji mabrur. Ameen.
Kini jemaah dari Malaysia sudah mula berangkat balik ke tanah air mengikut kumpulan masing-masing. Suamiku di sana juga sudah tidak sibuk sangat selepas ibadah haji dah selesai. Sekarang ni boleh kata hampir setiap hari boleh video call. Whatsapp bertanya khabar juga kerap. Alhamdulillah. Teknologi hari ini sangat membantu untuk mendekatkan.
Perpisahan yang lama ini mengingatkan aku pada tempoh PKP yang dulu. Di mana suami perlu kerap berkuarantin untuk tujuan kerjanya. Tempoh itu sangat-sangat menguji. Anak-anak tak dapat jumpa abi dalam tempoh yang agak lama. Jumpa sekejap, then lepas tu kena kuarantin lagi. Berpisah lagi. Berbulan lamanya mendepani situasi seperti itu.
Maka perpisahan kali ini, bukanlah hal yang luar biasa buat kami sekeluarga. Anak-anak sudah ‘biasa’ dengan perpisahan. Dan anak-anak faham dan mengerti mengapa perlu jauh dengan abi. Biarpun hakikatnya, perpisahan itu satu hal yang tidak diinginkan oleh sesiapa pun.
Dan seperti biasa juga, bila abi tiada, ummi perlu jadi lebih kuat untuk urus segalanya. Bukan kuat sangat, tapi Allah tak biarkan diri ini lemah. Bila Allah hadirkan kekuatan, segalanya dapat diharung dengan baik. Alhamdulillah.
Berbaki 3 minggu saja lagi. Insya Allah akan disatukan kembali keluarga ini. Biar 3 minggu ini, suamiku dapat terus menumpukan urusan ibadahnya di tanah suci. Aku pula dapat terus menjalani kehidupan yang baik bersama anak-anak di sini. Sampai saatnya, dengan izinNya, pertemuan yang kita harapkan akan tiba juga. Teruslah menanti dengan sabar dan doa.
Cubalah..
untuk 42 hari yang ditinggalkan ini, aku berusaha melakukan apa yang dipesankan.
Cubalah..
42 hari ini aku istiqamah menjadi yang dia inginkan.
Cubalah..
42 hari yang jauh ini aku mengambil peluang menjadi isteri dan ibu dalam versi yang lebih baik.
Cubalah.
Berjuang untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment