Seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini, akhirnya program vaksinasi untuk kanak-kanak (5-11 tahun) dilaksanakan juga akhirnya bermula Februari ini.
Sebaik menerima masej untuk ‘book’ tarikh vaksinasi untuk anak-anak, suami (memang dialah yang selalunya pantas bertindak) terus memilih tarikh untuk vaksin anak-anak, Anas (10 tahun), Mussaab (8 tahun) dan Miqdad (6 tahun). Dia memilih tarikh 11/2/2022 untuk temujanji vaksin anak-anak.
Sebaik menempah tarikh, anak-anak diberitahu lebih awal dengan harapan mereka akan bersedia. Tapi bila dah tahu, macam biasa bunyilah suara ‘takut’ nak vaksin. Takut sakit…tugas ummi dan abilah pujuk dan bagi jaminan tak sakit semua. Lama kelamaan semua ok, tak takut sangat dah nak vaksin.
Tiba harinya, satu family berangkat ke The Mines 2 untuk temujanji vaksin Anas, Mussaab dan Miqdad. Agak ramai orang, majoriti (pada hari tersebut) dari kaum cina. Anak-anak beratur menunggu giliran dengan tenang. Sesekali terdengar suara menyatakan rasa takut dan gementar. Macam biasa la, ummi dan abi pujuk sampailah tiba masa untuk masuk ke tempat menunggu (bahagian dalam yang disusun ikut stesyen 1 hingga 4), sebelum masuk ke bilik suntikan. Kat dalam ni seorang penjaga saja dibenarkan masuk. Ummilah yang masuk dengan anak-anak, abi pula jaga Suri di luar.
Kat dalam ni (nak sampai dari stesyen 1 sampai stesyen 4) pun lama jugak. Anas, Mussaab dan Miqdad kelihatannya baik dan tenang saja. Cuma dalam hati tu Allah saja yang tahu kan.
Hinggalah sampai ke stesyen 4 (paling hampir dengan bilik suntikan), dah start dengan suara budak menangis. Allah.. ini petanda tak baik. Ummi buat tak tahu, tapi ummi tahu anak-anak dah mula takut.
Tiba giliran masuk bilik suntikan (tiga-tiga masuk sekali termasuk ummi). Bila diminta volunteer, semua saling menolak. Last-last ummi suruh Anas sebab paling besar kan, Anas ikut je. Doktor (atau nurse) yang cucuk vaksin tu tanya beberapa soalan, kira 123, baca bismillah, dah selesai. Tak sakit pun kan?
Selesai sorang, tinggal 2 lagi. Disangkakan akan mudah saja bila tengok Anas ok je, especially Mussaab, dia paling senang selalunya. Tapi saling menolak pula Mussaab dan Miqdad. Ummi bisik pada Mussaab; ‘Mussaab kan paling berani’, eh masa tu jugakla berderai air mata dia. Meronta tak nak duduk. Ummi pujuk lagi dan lagi, tak nak juga. Akhirnya ummi paksa, tarik dan duduk riba dia dengan rangkulan erat. Lama-lama dah tak melawan. Sekejap saja, done cucuk! Baru tahu tak sakit kan? Buat penat je nangis tadi.
Selesai sudah dua. Tinggal seorang lagi. Yang ini paling mencabar. Dah tengok abangnya menangis tadi, terus takut dan tak nak cucuk. Menangis dan meronta juga. Dipujuk-pujuk tak jalan juga. Terpaksa ummi call abi, minta abi masuk tukar tempat dengan ummi.
Abi datang, giliran abi pula memujuk. Hampir give up dah rasanya, bila Miqdad tetap tak nak vaksin. 20 minit juga la sessi memujuk, tetap tak nak. Sampai abi terpaksa guna helah, berjaya bawa masuk ke bilik suntikan tadi, pangku sekuatnya, dan berjaya cucuk! Lepas tu dah ok. Sebab tak sakit dan tak sedar pun bila kena cucuk tu kan!
Begitulah.. kisah vaksin 3 beradik ni. Ingatkan lancar saja, sebab masing-masing nampak seperti dah bersedia dari rumah. Sampai di sana, lain pulalah ceritanya. Apapun lega, bila settle semuanya.
Sebenarnya bukan Mussaab dan Miqdad saja yang menangis. Bersilih ganti suara tangisan kanak-kanak yang lain juga. Itulah juga yang mempengaruhi emosi anak-anak yang lain, yang sedang menunggu giliran untuk dicucuk. Keadaan itu pastinya normal. Maklumlah, budak-budak. Tapi mak/ayah lah yang berpeluh nak memujuk. Jauh-jauh datang, rugilah nak cancel.
Alhamdulillah, syukur akhirnya selesai juga. 2 bulan lagi (April) perlu datang untuk second dose pula. Harapnya dah tak ada drama seperti itu lagi. Dah rasa sendiri suntikan pertama (katanya tak sakit langsung), takkan nak takut lagi. Dan harap jugalah, abi akan ada pada tarikh temujanji kedua nanti. Kalau tak, tak tahulah nanti macam mana. Semoga Allah permudahkan. Oh ya, anak-anak menerima vaksin jenis pfizer.
Habis cerita sebelum vaksin. Sekarang cerita selepas vaksin. Dah lepas vaksin, macam biasa doktor nasihatkan untuk tidak terlalu aktif dan lasak selama seminggu. Kalau demam, ambil paracetamol (itu perkara biasa katanya) dan kalau serius seperti sakit dada, sukar bernafas, terus ke hospital.
Sebelum vaksin pun agak kurang perkongsian daripada orang lain yang dah ambil vaksin untuk anak mereka (sebab program vaksin untuk kanak-kanak baru bermula), dan tak ada cerita yang tak sedap didengar. Jadi kita tawakkal saja, dan harapkan akan baik-baik saja sebagai langkah usaha kita untuk melindungi mereka.
Dalam tempoh 24 jam selepas vaksin, semuanya baik-baik saja. Sekadar mengadu lenguh di tempat cucuk. Semua happy, ceria, aktif macam biasa. Apatah lagi abi ‘upah’ macam-macam sebab semua vaksin.
Selepas 24 jam, still tak ada apa yang berubah. Kat bahu pun dah tak rasa sakit. Elok je semua, Alhamdulillah. Hari kedua dapat mandi sungai puas-puas, hari ketiga main macam biasa kat rumah.
Alhamdulillah dos pertama selesai, dan anak-anak dalam keadaan baik semuanya. Menanti dos kedua pula. Insya Allah akan dipermudahkan dan akan baik-baik juga.
Tiada lain yang ummi dan abi harapkan. Sebagai satu usaha untuk melindungi kalian dari wabak penyakit dan dari segala mudarat. Moga sentiasa sihat anak-anakku!
No comments:
Post a Comment