Selepas vaksin dos pertama dan kedua, kini perlu mengambil dos penggalak pula untuk melindungi dari virus covid-19. Walaupbagaimanapun, ia masih belum di tahap ‘wajib’ untuk mengambilnya.
Suamiku mendapat dos kedua pada bulan Ogos, aku pula pada bulan September. Kedua kami menerima vaksin jenis AstraZeneca.
Suami mendapat temujanji dos penggalak pada 6/2/2022 (kemudian ditukar ke tarikh 8/2/2022). Dia mengajakku untuk pergi bersama dan dapatkan suntikan vaksin pada hari dan tempat yang sama dengan dia. Aku ikut saja, walaupun dalam hati belum bersedia. Dok fikirkan effect selepas vaksin, agaknya bagaimanalah. Sebab ramai orang share effectnya yang lebih teruk dari dos pertama dan kedua. Tak kurang dengan berita kematian mengejut (di mana vaksin dijadikan punca). Dah tentulah takut juga rasa hati ni.
Tapi suami releks saja, dan cuba abaikan apa yang negatif, dan belajar untuk percaya pada yang lebih pakar, maka ikut saja ajakan suami. Nak tak nak, mungkin satu hari akan perlu juga. Manalah tahu.. kalau nanti diwajibkan juga untuk ambil dos penggalak.
Maka pada 8/2/2022, aku dan suami menerima suntikan dos penggalak (jenis AstraZeneca juga) sekitar jam 11.15 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Bukit Mewah, Kajang. Alhamdulillah selesai.
Kini sudah hari ke 5 selepas menerima vaksin. Alhamdulillah boleh dikatakan langsung tak ada kesan yang teruk. Dos pertama hari tu seram sejuk badan dan demam juga (sehari saja). Dos kedua sekadar lenguh dan sakit di tempat suntikan. Dan yang ketiga ini, hanya lenguh dan kebas ringan pada bahu hingga tangan. Itupun sehari saja. Suami pula, katanya sakit di tempat suntikan selama 2-3 hari. Itu saja. Alhamdulillah. Moga ini menjadi ikhtiar kita untuk melindungi diri dan komuniti.
Alhamdulillah tamat dulu cerita vaksin. Lebih 2 tahun covid-19 melanda, masih kita dalam usaha dan ikhtiar untuk menjaga diri dari dijangkitinya, kerana ia masih ‘ada’ di sekeliling kita hingga kini.
Kes kini meningkat naik lagi. Semalam mencatat angka tertinggi untuk tahun ini sebanyak 22,802 kes. Cuma ia (mungkin) kurang mencemaskan kerana peratusan yang dijangkiti majoritinya berada pada stage 1-2 (tak teruk sangat), asbab vaksin juga, Alhamdulillah.
Kini vaksin untuk kanak-kanak (5-11 tahun) juga sudah ada. Alhamdulillah Anas, Mussaab dan Miqdad antara yang terawal menerima suntikan vaksin (ummi akan tulis nanti).
Apapun kita masih perlu terus menjaga diri. Patuhi SOP, tidak perlu keluar jika tiada keperluan, jauhi tempat sesak, kerap cuci tangan dan pakai mask, dll.
Kini kita juga sudah ‘lali’ dengan kewujudan virus ini. Namun tetap jangan alpa, agar kita terlindung darinya sentiasa.
No comments:
Post a Comment