Tahun lepas ummi dah catat
Tahun ni catatan untuk Mussaab pula. Hari ni dah masuk hari ke-3 ummat islam berpuasa. Juga sudah hari ke-3 Mussaab (6 tahun) berpuasa. Puasa bersama ummi, abi dan Anas (8 tahun). Alhamdulillah :)
Hari pertama agak mencabar, seperti kebanyakan orang yang lain. Apatah lagi yang baru nak mencuba. Ummi pun lemah semacam, dengan adik Suri yang tak berapa sihat, sangat-sangat mencabar.
Hari pertama, satu family bangun bersahur sama-sama. Semua nak kena layan ‘:) Alhamdulillah abi ada. Setakat ni setiap hari sahur dan berbuka abi yang masak. Kebetulan Suri tak sihat, selalu mahu dipangku.
Hari pertama, Anas dan Mussaab agak kurang berselera untuk makan sahur. Hanya jamah sedikit. Lepas tu, pukul 8-9 pagi dah mengadu lapar. Ummi pun dah bersedia nak hadap ‘drama’ hari pertama dan mungkin hari seterusnya. Dipujuk-dipujuk, bagi semangat dan harapan semua, Alhamdulillah sempurna juga puasa di hari pertama.
Hari kedua, Mussaab lebih berselera makannya ketika sahur. Dah kurang mengadu lapar, dan dapat berpuasa penuh juga. Hari ketiga pun berjaya juga (walaupun masih selalu mengadu lapar). Alhamdulillah. Untuk hari esok dan seterusnya moga Anas dan Mussaab tetap mampu bertahan. Walaupun sebenarnya agak menguji juga, tengok Miqdad makan, duduk rumah pula seharian tak kemana-mana. Tapi time tak sekolah macam nilah sesuai nak latih Mussaab berpuasa sebab kalau sekolah, kan tak jadi puasa pula tengok kawan-kawan makan. Inil pun antara hikmah PKP juga kan :D
Tapi niat ummi sebenarnya nak Mussaab mencuba sekadar mampu saja. 6 tahun masih awal nak ‘paksa’. Anas dulu pun ummi tak suruh puasa masa umurnya 6 tahun. Tambahan pula anak sulung, tak ada teman nak puasa sama-sama kecuali ummi dan abi. Untuk Mussaab, sedikit berbeza sebab ada abang yang puasa sama-sama.
Apapun untuk 3 hari pertama ini, ummi ucapkan syabas pada Mussaab kerana dah berjaya bangun sahur, berpuasa dan berbuka dengan sangat berselera sekali. Detik paling bahagia, saat melihat Anas dan Mussaab tersenyum ceria di depan hidangan berbuka. 3 hari ni, just ikut menu yang diminta Anas dan Mussaab saja untuk berbuka. Apa yang diminta, itulah yang abi masak.
Masih jauh perjalanan Ramadan ni. Berbaki 27 hari. Semoga semakin berlalu hari, semakin Mussaab dapat membiasakan diri dengan berpuasa. Lapar dahaga bukan lagi masalah besar, dan akan mampu untuk terus bertahan sehingg ke penghujung Ramadan ini.
Di samping puasa, Mussaab juga dilatih untuk cukupkan solat 5 waktu, sejak sebelum ramadan lagi. Alhamdulillah, walaupun solat masih banyak yang perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya solat Mussaab dah cukup 5 waktu sehari. Mesti jaga solat ya Mussaab!
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas segalanya. Tahun ini Mussaab belajar berpuasa penuh dan sudah berjaya untuk 3 hari pertama. Ummi harap ummi tak expect yang lebih-lebih dari Mussaab. Mussaab baru 6 tahun. Tapi ummi percaya Mussaab anak ummi yang hebat, insya Allah.
Akhir kata, tahniah dan syabas Mussaab! Mussaab dah berjaya berpuasa macam Anas, ummi dan abi. Insya Allah hari raya Mussaab akan lebih bermakna :)
Sahur pertama dengan semua adik-beradik
Antara aktiviti nak lupakan rasa lapar :D
No comments:
Post a Comment