Hari ke-3 abi di Bintulu. Esok insya Allah akan balik untuk beberapa hari dan akan kembali bekerja. Ya, selepas cuti hari raya Aidilfitri, jadual kerja abi padat. 3 kali weeekend abi tak dapat bersama anak-anak di rumah. Dan sudah tentunya tak dapat nak berjalan ke mana-mana :)
Hari ni diadakan jamuan hari raya di sekolah Mussaab, di samping untuk mengambil report card Mussaab. Excitednya Mussaab menanti hari ini, dia jadi yang pertama bangun dari tidur (sebelum azan subuh lagi), ke bilik ummi untuk bangunkan semua orang. Ummi bangun selepas Mussaab, diikuti Miqdad dan Anas yang terakhir. Semua mandi dan berpakaian. Breakfast roti canai segera, tapi hanya Mussaab dan Miqdad saja yang makan, Anas katanya nak makan di sekolah Mussaab. Sementara menunggu masanya (jam 9 pagi), tv menjadi pilihan. Ketiganya menonton video pilihan.
Sekitar jam 9.15 pagi, berjalan ke sekolah Mussaab. Jumpa guru kelas Mussaab untuk ambil report card Mussaab, dengar serba sedikit komen teacher pasal Mussaab, then lepas tu menjamu selera dengan juadah yang disediakan.
Sejam kemudian balik semula ke rumah. Tak daya nak tunggu sehingga jam 12 untuk persembahan Mussaab, Anas, Mussaab dan Miqdad bermain langsung tak ingat ummi dah. Semua balik ke rumah, dan akan kembali lagi ke sekolah untuk saksikan persembahan Mussaab dan kawan-kawan. Kawan Mussaab, Hafiz (abang dan kakaknya sekali) ikut balik ke rumah. Ibubapa mereka tak dapat hadiri majlis sekolah hari ini kerana bekerja. Semua masuk ke dalam rumah dan menonton tv bersama.
Jam 11.45 kembali ke sekolah Mussaab, menyaksikan persembahan pelajar Little Diamond Kindergarten, dan meraikan majlis birthday kawan-kawan Mussaab. Duit raya juga dapat, Alhamdulillah :) hampir jam 1 petang, terus balik ke rumah. Masing-masing pun sudah kepenatan, bermain tak henti. Kali ini Hafiz, kakak dan abangnya juga ikut balik ke rumah. Bila masuk waktu zohor, mereka balik ke rumah.
Lepas zohor, Miqdad tidur bersama ummi di bilik atas. Mussaab dan Anas bergiliran menonton video di bawah. Sesekali naik juga ke atas dan turun balik ke bawah dan leka dengan hal sendiri.
Jam 4.30 ummi dan Miqdad turun ke bawah. Miqdad tadi menangis, dipujuk oleh abang dengan video Blippi. Lepas solat asar ummi masak mee goreng, semua sudah kelaparan. Yelah, lepas makan di sekolah Mussaab tadi dah tak makan apa-apa dah kat rumah. Ummi pun tak masak, tengok semua dah kekenyangan. Tengah masak, Hafiz, kakak dan abangnya datang ke rumah lagi. Ibubapa mereka masih belum balik dari kerja. Ummi ajak semua makan bersama. Rupanya tak cukup sebungkus mi goreng. Semuanya kelaparan :) nasib baik ada lebihan nasi semalam dalam peti ais. Goreng nasi pulalah. Sekali lagi menjamu selera bersama. Alhamdulillah kenyang semua. Masing-masing kembali menonton tv dan bermain.
Hampir jam 6.30 petang, Hafiz, abang dan kakaknya balik dijemput ibu dan abang sulung mereka. Tinggallah Anas, Mussaab dan Miqdad di rumah seperti kebiasaan. Sambung menonton tv sekejap, lepas tu kemas rumah sama-sama, dan naik ke atas untuk mandi. Lepas solat Maghrib, baca Quran seperti biasa. Mussaab mengulang hafazan yang dah lama ditinggalkan. Tadi teacher ada cakap Mussaab banyak lupa hafazannya yang dulu, so kena ulang balik.
Lepas isyak, Anas, Mussaab dan Miqdad bersedia untuk tidur. Sekejap saja, semua sudah lena dibuai mimpi. Alhamdulillah. Semoga bermimpi indah semuanya.
Semoga hari esok akan menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Insya Allah. Ummi sayang semuanya. Kerana Allah. Maafkan ummi atas segala kekurangan dan kesilapan ummi untuk hari ini dan yang sudah. Ummi akan cuba jadi yang lebih baik untuk kalian. Insya Allah :’)
No comments:
Post a Comment