HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Tuesday, 14 May 2019

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: CHARITY BAZAR 2019



Pada 13/5/19 Little Diamond Kindergarten mengadakan charity bazar, yang bertujuan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan ke Pusat Jagaan Mahmudah (Pusat jagaan orang tua)

Ini merupakan charity bazar kali ke-2 oleh Little Diamond Kindergarten selepas yang pertama pada Ramadhan tahun lepas (2018). Tahun lepas Anas sempat menyertainya bersama Mussaab dan rakan-rakan yang lain (tahun lepas students pun masih tak ramai lagi, tapi jelas mereka seronok dengan aktiviti sekolah mereka ini). Tahun ni Mussaab menyertainya lagi untuk kali ke-2, bersama teman-teman yang lebih ramai, dengan suasana yang lebih meriah. 

Jualan dibuat pada jam 5.30-6.30 petang. Menu yang dijual antaranya ialah popia goreng, mi dan bihun goreng, agar-agar, kuih seri muka, coco jar, mango float, apam gula hangus, karipap, roti jala dan lain-lain lagi. Dan menu tersebut disediakan oleh pihak sekolah, dan juga oleh ibubapa yang ingin turut menyumbang melalui charity bazar tersebut.

Kami turut menyediakan satu menu untuk jualan iaitu roti jala yang dihasilkan oleh suamiku. Kiranya kali pertama juga kami berjualan di bulan Ramadhan :D tahun lepas tak sempat buat apa-apa memandangkan suamiku pun kat laut masa tu. Tahun ni kebetulan dia ada di rumah, dan dia sendiri offer nak buat roti jala, maka terhasillah :) gabungan roti jala dan kuah kari yang mungkin tak seberapa (yalah selalu buat untuk makan sendiri je), tapi semoga memberi kepuasan pada yang membelinya, dan moga sama-sama dikira kebajikan dengan niat untuk menyumbang pada yang memerlukan :)

Tahun ni tak sempat nak join dari awal jualan macam tahun lepas, lepas hantar Mussaab jam 5, balik rumah dulu untuk masak juadah berbuka. Badan pun penat semacam, rehat dulu, jam 6 barulah berjalan ke sekolah bersama Anas dan Miqdad. Abinya pula sambung masak kat rumah. Sampai je kat sekolah banyak makanan yang dah habis terjual termasuk roti jala. Tanya Anas nak beli apa, semua dia tak nak. Last sekali hanya beli coco jar untuk Mussaab dan Miqdad, dan tunggu sehingga Mussaab dibenarkan balik.

Alhamdulillah selesai urusan jual beli di charity bazar Little Diamond Kindergarten. Mussaab kelihatan penat sungguh :D walaupun tadinya dah balik rehat kat rumah. Yang full day students tu agaknya lagilah penat, tapi nampaknya semua seronok menempuhi pengalaman hari ini. Baik yang pertama kali, dan juga yang telah melalui pengalaman seperti ini tahun lepas. 

Komen Mussaab; seronok katanya tapi tahun lepas lagi best sebab pasang khemah kat luar pagar sekolah :D itu jelah komen dia:D lepas tu dia tanya kenapa ummi tak beli yang dia jual (mango float). Bukan ummi tak nak, tapi korang semua memang tak makan kan? (Ummi ni pula memang kena pantang makan manis, kan naik pula gula ummi time pregnant macam ni). 

Sebagai penutupnya, tahniah diucapkan pada semua guru dan anak-anak Little Diamond Kindergarten yang sudah bèrtungkus lumus menjayakan charity bazar ini. Ini antara program yang baik dan bermanfaat untuk diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Pendidikan ‘di luar kelas’ seperti ini tentunya memberi manfaat yang bukan sedikit pada anak-anak Little Diamond semuanya. Insya Allah :)































(Gambar dari perkongsian di fb LD)


Cerita bazar Ramadhan tahun lepas:

BAZAR RAMADHAN LITTLE DIAMOND



No comments:

Post a Comment