HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday, 20 May 2019

DIARI ANAKKU: 200519


Hari ke-15 Ramadhan. Separuh Ramadhan sudah berlalu. Alhamdulillah, dapat sempurnakan puasa tanpa sebarang keuzuran (ada juga hari yang terlampau penat dan kurang bertenaga), Anas juga sudah masuk hari ke-13 berpuasa. 2 hari tak dapat berpuasa kerana tak sihat. Oklah, Anas sudah cuba yang terbaik untuk tahun pertamanya berpuasa :)

Hari ni hari ke-4 abi di Bintulu. Insya Allah penerbangan balik abi pada jam 11.30 pagi nanti. Anas bangun sahur seperti biasa, Miqdad juga bangun awal untuk bersahur, ketika ummi prepare hidangan untuk sahur. Hari ni sahur bertiga, Ummi, Anas dan Miqdad. Makan roti simple-simple saja. Lepas sahur dan solat subuh, terus Anas mengadap tv dan menonton video pilihannya. Miqdad mandi dan join Anas di bawah. 

Pagi ni sempat video call dengan abi yang tengah berehat di hotel. Mussaab juga bangun dari tidur dan sempat video call dengan abi. Lepas tu buat hal sendiri masing-masing. Anas dengan remote tv, pensel dan kertas seperti biasa. Menonton video umpama ‘masuk kelas’ untuknya. Ada info yang terbaru dan menarik, akan dicatat atau dilukis. Tentang apa saja :) Miqdad dan Mussaab bermain di luar rumah sebentar kemudian masuk ke rumah dan mengadap iPad pula. Dah seminggu tak cas iPad tu, semalam ummi cas untuk isi masa hari ni kononnya. Tapi silap, dah cas 100% bateri tengoklah nanti apa jadi. Selagi tak habis bateri tu....

Jam 9 ummi kemas dapur dan cuci segala pinggan mangkuk. Mussaab dan Miqdad bergilir masuk dapur makan roti Nutella. Anas pun dah mula tunjuk muka lapar. Memang dugaanlah berpuasa di hari cuti, tambah-tambah lagi bila adik selalu keluar masuk dapur :D bertahanlah Anas...

Miqdad dah mula serba tak kena. Akibat lama mengadap iPad, salah tekan menangis, meraung. Last-last ummi off iPad, menangis merayu pun ummi tak layan dah. Lama juga menangis dan memekik. Sabar jelah. Akhirnya diam juga dipujuk bermain dengan Mussaab. Pandai Mussaab main dengan adik :) asyik seketika bermain 2 beradik...

Jam 10 turun ke bawah. Anas masih di depan tv. Disuruh tidur memang tak nak. Bangun sahur, akan berjaga sampailah ke waktu tidur malamnya pula. Begitulah hari-hari. Kecoh lagi bila Anas dan Miqdad ‘bergasak’. Susah betul yang sulung dan ketiga ni nak sekepala. Hai.. time baik, bergurau tak ingat pulak!! Ya Allah, banyak situasi nak kena handle, dengan macam-macam karenah anak-anak ni. Moga Allah berikan ummi kekuatan dan hikmah. Walau hakikatnya sering menipis kesabaran ummi ini :(

Masa terisi dengan aktiviti biasa. Anas, puas disuruh tidur tetap tak mahu. Sibuk dengan tv, dengan kertas dan penselnya. Mussaab dengan aktiviti tersendiri, dan jadi teman bermain dengan Miqdad. 

Jam 11 buat latihan matematik dalam buku yang dibeli di big bad wolf. Anas buat latihan multiplication, Mussaab buat latihan basic matematik, dan Miqdad dengan buku dinasournya. Dah siap beberapa mukasurat, sambung bermain adik beradik. Tv juga jadi teman. Miqdad yang tadinya bangun awal tertidur di riba ummi. Ummi angkat Miqdad dan letakkan di dalam bilik. 

Lepas zohor ummi tidur bersama Miqdad. Anas dan Mussaab di bawah menonton tv dan membuat aktiviti sendiri sambil tunggu abi sampai. Tak pasti pukul berapa abi sampai, bangun dari tidur lebih kurang jam 3 abi dah ada bersama Anas dan Mussaab. Miqdad masih dibuai lena. Lepas tu semua naik ke atas, dan Miqdad pun terjaga dari tidur. Bising dan gamat kembali, abi nak tidur dan berehat pun tak senang. 

Lepas asar, ummi siap untuk memasak. Anas, Mussaab dan Miqdad buat hal masing-masing. Masing-masing dah kelaparan, tak sabar tunggu hidangan berbuka. Sambil menunggu, Mussaab buat latihan dalam buku matematik, Anas pula ummi ‘paksa’ hafal sifir, kalau tak ulang alik masuk dapur dan tengok jam. Ummi suapkan Miqdad makan dulu, banyak makannya :)

Tiba waktu berbuka, duduk di meja dan berbuka sama-sama. Alhamdulillah hari ni dapat berbuka dengan abi. Lengkap satu keluarga. Miqdad yang tadinya dah kenyang, masih meminta untuk makan dan minum bersama. Selesai berbuka, solat Maghrib bersama dan sambung membaca al-Quran, iqra’ dan reading (untuk Mussaab). Selepas solat isyak, siap untuk tidur semuanya. Abi ke masjid berterawih. Anas tak ikut abi malam ni. Ummi temankan Anas, Mussaab dan Miqdad tidur. Ummi juga ikut terlena. Bangun kembali bila jam hampir pukul 10 malam. Abi masih belum balik dari masjid. 

Alhamdulillah, lena semuanya tidur. Moga bermimpi indah dan baik-baik saja. Moga esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab, Miqdad dan kita semua. Insya Allah :)





Antara ‘hasil’ hari ini




No comments:

Post a Comment