HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Friday, 27 April 2018

MALAYSIA: MENUJU PRU-14




Musim pilihanraya. Pejam celik pejam celik kurang lebih 2 minggu saja lagi rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Tarikh mengundi sudah ditetapkan pada 9/5/18.

Esok (28/4/18) merupakan hari penamaan calon. Maka esok, kita semua akan tahu calon mana yang akan bertanding dan siapa yang perlu kita pangkah. Eh, tak sabar pulak rasanya nak mengundi :)

Aku percaya kita semua sudah ada pilihan masing-masing. Mungkin sudah yakin dan mantap dengan pilihan yang ada, atau masih ragù-ragù untuk memilih yang terbaik. Sebaiknya, istikharah la ya. Ini urusan besar, bukan urusan kecil. Nak pilih pemimpin kan? Maka dengan meminta petunjuk Allah itu akan menjadikan hati kita lebih mantap untuk memilih. Insya Allah.

Sekadar untuk aku pesan dan ingatkan, agar kita semua berlapang dada dengan setiap pilihan orang lain, meskipun berbeza dengan kita . Usah cari pasal, atau sengaja nak bergaduh. Saling mengata, mencaci, memburukkan, melabel, dan merasakan pilihan kita lebih baik. Tak perlu. Diam itu lebih baik. Jika mahu berkempen calon pilihan masing-masing2, berkempenlah dengan hikmah dan harmoni. Jangan kerana berbeza parti pilihan, kita bermusuh sesama kita.

Aku bukan orang yang layak nak menulis bab politik yang jelas-jelas bukan bidang aku :) aku menulis hanya sebagai salah seorang yang bakal mengundi. Aku juga seperti yang lain mahukan yang terbaik untuk negara tercinta ini. Dan aku mahukan perubahan! 

Aku mendoakan semoga negara Malaysia ini bakal diperintah oleh pemimpin yang lebih baik dari yang sebelum ini. Yang Amanah, yang bijaksana, yang menjaga kepentingan semua rakyat, mendengar rintihan dan pengaduan rakyat yang di bawah, yang adil mengagihkan sumber negara, yang mampu mewujudkan negara yang lebih aman dan selamat, dan banyak lagi harapan yang tak tertulis di sini.

Ayuhlah kita semua, membuat pilihan bijak dan terbaik. Semoga yang akan menang nanti adalah yang benar-benar layak memimpin. Semoga pilihan kita juga nanti mantap bersama petunjuk dari Dia. Insya Allah.

Sungguh, aku impikan Malaysia yang aman dan harmoni. Yang tenang damai tanpa kejahatan dan tanpa ketakutan.  

Di tanah ini sepatutnya tempat kita bebas berjalan. Anak-anak bebas berlari dan meneroka. Tanpa takut. Tanpa risau.

Wahai yang bakal memimpin, lakukanlah sesuatu!

No comments:

Post a Comment