Pagi ini membeli sarapan di luar. Nasi dagang untukku, mi goreng untuk Anas, dan nasi lemak untuk Mussaab dan Miqdad. Abinya, entahlah bersarapan apa pagi ni di hotel :)
Sebenarnya semalam lagi dah plan nak beli sarapan di kedai yang baru dibuka berdekatan dengan rumah kami. Tapi dek semalam anak-anak bangun lambat, maka hari nilah gantinya. Suami pun dah beri kebenaran, siap selitkan duit rm20 lagi khas untuk beli sarapan sebelum ke airport semalam. Hehe.
Org kelantan walau kat mana pun mesti rindu nak makan masakan kelantan. Mesti cari juga sekali sekala nak lepaskan rasa teringin.
Nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, laksam, dan yang lain-lain termasuk kuih-muih. Kan??
Kami pun juga. Kat mana orang kata sedap, kat situ kami mencuba. Tp betul kata suamiku, oleh kerana kita kerap balik kampung, maka gred yang kita bagi takkan sama dengan yang mereka bagi.
Bukan tak sedap.Tapi belum ada yg setara atau menandingi. (Atau kami belum jumpa). Kerana itu ‘nasi lemak’ saja yg sering menjadi pilihan bila beli sarapan di luar.
Nak makan masakan kelantan? Tunggu balik kampung atau masak sendiri di rumah (of course la x seberapa jg rasanya :b) sebab tulah juga bila balik kampung, makan tak ingat!! Haish.
Itulah saja sekadar coretan tentang sarapan pagi kami hari ini. Apapun Alhamdulillah, di atas rezeki yang sentiasa ada. Nak makan, ada saja makanan. Tak pernah terputus bab makan. Semoga diri ini sentiasa memilih untuk bersyukur setiap masa. Sungguh pada makanan itu, jangan dikeji dan dicemuh. Syukurlah masih ada sesuatu untuk mengisi perut yang lapar. Masih ramai yang tiada. Masih ramai yang hidup dalam kelaparan.
Syukur! Akan sentiasa merasa cukup. Insya Allah.
3 February 2018
No comments:
Post a Comment