HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Saturday, 3 February 2018

HOMESCHOOLING: MENTAL ARITHMETIC




Tahun ini aku cuba untuk fokus mengajar anak-anak di rumah dengan lebih berdisiplin dan konsisten. Maksudnya, tak boleh nak skip atau banyak bertangguh.

Antara subjek yang nak difokuskan pada tahun ini ialah  mental arithmetic. 

Ketahuilah, aku pada asalnya zero tentang bab ini. Alhamdulillah Allah ‘jumpakan’ aku dengan kelas online yang sedang aku ikuti sekarang ni, dengan bayaran rm15 satu sessi, bermula awal Januari lepas.

Alhamdulillah, kelas yang sangat membantu untuk aku menguasai mental arithmetic dan untuk mengajar sendiri pada anak-anakku. Tapi masih belum tahap pro lagi. Perlahan-lahan belajar, dan terus mengikuti kelas setiap minggu. Kiranya aku belajar, dan dalam masa yang sama mengajar anak :)

Aku mula mengajar Anas pada awal Januari juga. Bermula dengan introduction, mengenal nombor berdasarkan kedudukan manik abakus, belajar posisi duduk yang sepatutnya, belajar asas jari 1-3 yang melibatkan operasi tambah dan tolak, dan cara memegang pensel yang betul. 

Secara formalnya, aku mengajar setiap topik sekali sahaja seminggu. Bila dah faham, terus buat worksheet yang semuanya aku dapat dari guru online yang mengajarku. Worksheet untuk setiap topik cuba untuk disiapkan dalam tempoh seminggu, sebelum belajar topik seterusnya. Bergantung kepada masa yang sesuai. 1 page sehari pun sudah sangat memadai. 

Alhamdulillah, hingga setakat ni Anas memang cepat tangkap apa yang diajarkan setiap minggu. Penggunaan jari difahami dan dipraktis dengan baik, cuma cara memegang pensel masih terkeliru. Yang pasti Anas perlu buat lebih banyak latihan supaya lebih fokus, pantas dan cekap dalam menjawab soalan. Insya Allah Anas boleh :)

Setakat ini hanya ajarkan pada Anas, kerana Mussaab masih ‘belum bersedia’. Tak mengapalah, Insya Allah next year atau bila-bila masa saja Mussaab dah ready, ummi akan ajarkan pada Mussaab juga :) 




No comments:

Post a Comment