Hari ini menempuh pagi yang agak kalut. Ummi ‘terbangun’ tidur lewat dari kebiasaan. Bangun terus mandi dan bersiap. Hero bertiga perlu dikejutkan untuk siap ke sekolah.
Ummi kejutkan semua dan semuanya masuk mandi. Mussaab sejak semalam batuk dan selesema. Agak teruk batuknya. Ummi decide untuk tak hantar Mussaab ke sekolah hari ni dalam keadaannya yang begitu. Anas juga batuk dan selesema, tapi tak seteruk Mussaab. Anas nak ke sekolah seperti biasa. Sayang dia nak skip dari sekolah. Alhamdulillah. Happy tengok Anas suka ke sekolah :)
Tengah bersiap, Miqdad pula terjatuh dari katil. Hidung terkena bakul kain dan ada bleeding. Allah. Terkejut dan takut dibuatnya tengok hidung berdarah. Tambah lagi rasa kalut. Alhamdulillah luka sedikit saja di atas hidungnya. Mahunya tak takut, dah terlalu sering Miqdad berhadapan dengan situasi cemas. Dah terlalu kerap mengunjungi klinik dan hospital. Ummi jadi fobia!
Sorry Miqdad. Terlalu banyak yang nak dikejar pagi ni. Hingga ummi lupa priority. Ummi pangku Miqdad hingga tangisan Miqdad reda dan Miqdad dah mula nak bermain.
Dah pukul 7.15. Ummi masuk ke dapur dan masak mi goreng dengan kadar paling ekspress :D Alhamdulillah anak-anak makan berselera dan bertambah-tambah. Tapi semuanya makan bersuap. Agak mengambil masa di situ ,:) tapi tak apalah, ummi cuba untuk cool dan releks. Hari ni mungkin lewat sikit ke sekolah.
Lepas makan siapkan Anas, sikat rambut dan isi air botolnya. Mussaab masih tak berbaju. Jam 8 baru boleh keluar dari rumah. Ummi hantar menaiki kereta. Teacher setia menyambut Anas di pintu. Ummi maklumkan pada teacher yang Mussaab tak sihat dan tak dapat hadir ke sekolah. Kemudian balik ke rumah lakukan rutin seperti biasa. Tak kalut lagi. Dah boleh tenang-tenang. Cuba layan Miqdad ketika dia perlu. Cuba pastikan keduanya baik-baik saja di rumah.
Situasi yang jarang berlaku. Kerana kebiasaannya bila abi tiada, ummi lebih bersedia fizikal dan mental dan merancang rapi rutin harian. Jarang kekalutan di pagi hari. Malam hari dah cuba siapkan keperluan sekolah dan dah merancang menu pagi. Dah tetapkan waktu bangun, kejutkan anak, masak dan sebagainya.
Tapi sesekali Allah menguji juga. Siapa nak sangka anak tak sihat, dan terjadi pula tragedi di pagi hari. Ya, kita merancang. Allah juga merancang. Bila perancangan Allah tak seiring perancangan kita, redha dan terima sajalah dengan penuh sangka baik padaNya. Di samping muhasabah diri. Bukan sengaja Allah memberi ujian.
Moga ummi akan belajar dari setiap kesilapan, belajar menjadi yang lebih rapi merancang, yang tahu menyusun keutamaan, yang akan sentiasa bersangka baik pada Allah.
Hari ini tetap akan kita lalui dengan penuh kesyukuran.
Insya Allah.
Hero Ummi yang tengah lasak nak membesar. Segalanya nak meniru dan mencuba. Tak sedar yang dia baru setahun 4 bulan :b
No comments:
Post a Comment