HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Wednesday, 14 February 2018

CUTI TAHUN BARU CINA 2018

Bersempena Tahun Baru Cina pada tahun ini, kami sekeluarga balik ke kampung memandangkan Anas dan Mussaab bercuti sekolah, dan suamiku pula baru pulang dari tugasnya.

Ini merupakan kepulangan kami kali ke-2 untuk tahun ini. Alhamdulillah, atas ruang waktu yang Allah berikan untuk kami balik bertemu orang tua yang semakin uzur. Sedikit sebanyak, dapat berbakti (insya Allah) dan merawat kerinduan ibu yang melahirkan.

Hari pertama kami berada di rumah ibuku. Hari kedua pula ke rumah ibu mertuaku. Insya Allah sebelum balik nanti singgah lagi di rumah ibuku. Itulah antara untungnya, bila berkahwin sesama negeri :) sekali harung saja. Tak perlu cari masa lain semata-mata untuk melakukan giliran. Tapi itu semua soal jodoh. Allah yang tentukan semuanya. Cuma nak highlight kebaikannya saja ;)

Anak-anak seperti kebiasaannya akan seronok bila diajak balik kampung. Yang mereka nampak ialah sepupu yang ramai, dan bebas bermain bersama-sama. Memanglah bila di kampung, agak tak terkawal sikit. Terpaksa lepaskan saja mereka bermain. Cuma pantau sekali sekala. Biarlah, asal mereka gembira mencipta kenangan dan persahabatan dengan sepupu yang jarang-jarang bertemu :)

Antara yang menarik lagi bila di kampung ialah bab makan :D segala macam masakan, semuanya terasa sedap. Terus terang cakap, kalau balik kampung tak sah kalau tak naik berat badan. Naya! Kena belajar control nafsu makan. Mampukah??

Cuti masih berbaki. Anak-anak tengah seronok berkawan dan bermain sama-sama. Seakan tak pernah penat bermain. Tapi itulah hakikatnya kanak-kanak seusia mereka. Apa yang terlintas di fikiran hanyalah ‘bermain’ sahaja :)

Insya Allah ada rezeki, masa dan peluang, kita akan balik ke kampung lagi di lain masa. Selagi masih ada orang tua, semoga ia menjadi destinasi yang paling disukai kami anak-beranak untuk dituju. 

Selamat bercuti. Dan selamat tahun baru Cina pada yang menyambutnya :)


Cerita pagi ini; 











No comments:

Post a Comment