Hari kedua abi di Bintulu. Juga berbaki 2 hari lagi umat islam akan menyambut Ramadhan. Insya Allah.
Miqdad seperti biasa bangun paling awal, diikuti Mussaab dan Anas. Masing-masing breakfast dengan menu yang berbeza. Mussaab dengan roti butter gula dan nasi goreng, Miqdad dengan bubur ayam dan sayur, Anas pula dengan roti nutella.
Anas menulis di buku, Mussaab bermain dan 'membaca', sebelum dibenarkan menonton video. Video 'Dora the explorer' menjadi pilihan pagi ini. Sekarang dah ada unifi, hmmm... risau pula pada channel tv yang berbagai. Semoga segalanya terkawal.
Miqdad sekejap ok dibiarkan sendiri, dan kebanyakan masa mahu didukung ummi. Jam 10 pagi, ummi tidurkan Miqdad dan biarkan abang-abang menonton tv.
Sementara Miqdad tidur, sempat ummi buang sampah dan menjemur kain. Anas dan Mussaab masih leka menonton. Siap kerja ummi, Miqdad bangun dan menangis lagi. Ummi letak sekejap nak masak. Makin kuat dia menangis. Abang-abang pun tak layan ':/ ummi memasak lasagna sambil mendukung Miqdad dari awal hingga siap. Fuh! Berpeluh-peluh.
Jam 11, Anas dan Mussaab makan. Lepas makan, main sekejap. Miqdad juga dah tak menangis bila diletakkan di atas karpet. Abang-abang sudi nak melayan kali ini :) ummi sempat kosongkan sinki yang dipenuhi pinggan mangkuk, lap meja dan sapu makanan yang tumpah.
Jam 12, Miqdad dah mula menangis. Ummi tidurkan Miqdad. Tinggalkan Anas dan Mussaab dengan video Dora lagi. Ummi bersiap dulu untuk hantar Anas ke sekolah. Kemudian siapkan Anas, Mussaab dan Miqdad yang dah bangun dari tidur.
Jam 1, dah sampai sekolah Anas. Seperti biasa, hantar Anas sampai ke kelas, dan balik. Singgah sekejap di speedmart. Niatnya nak cari stokin untuk Anas, malangnya tiada.
Balik rumah, Mussaab makan biskut muzic yang dibeli tadi dan tidur di bilik. Miqdad juga lena sekali lagi selepas menyusu.
Jam 4.15, Mussaab dan Miqdad dah bangun dari tidur untuk ambil Anas. Jam 4.30 dah sampai sekolah Anas. Balik dari sekolah singgah di gerai membeli mi rebus untuk ummi. Anas dari tadi minta keropok dan pisang goreng. Sampai di gerai, dah habis. Merajuk dan marah jadinya, katanya sebab ummi yang lambat. Ummi cuba cari kedai lain. Alhamdulillah ada juga. Terpujuklah hati anak soleh ummi tu :) lepas beli terus balik.
Anas dan Mussaab makan sama-sama. Lepas makan, main di luar rumah sekejap. Hujan turun, semua masuk ke rumah dan menonton tv. Miqdad seperti biasa tak boleh ditinggal lama. Hanya mahu didukung dan dipangku.
Jam 6, ummi suapkan Miqdad makan dan panaskan lasagna untuk Anas dan Mussaab. Makan bersuap juga.
Jam 7, naik ke atas dan mandi. Ummi tidurkan Miqdad yang dah mengantuk, dan kemudian tunaikan solat. Anas dan Mussaab riang dan riuh bermain dan bergurau. Kerap juga dimarah ummi yang kurang sabar. Maafkan ummi. Anas merajuk lagi dengan ummi. Ummi minta maaf, Anas kembali OK. Menonton pula video Tayo di komputer.
Ummi ajarkan Anas al-Quran dan baca buku ensiklopedia al-Quran untuk Anas. Anas belajar tentang kaum tsamud, Jin, Hisab, Khaliq, Deen, dan Jannah. Alhamdulillah.
Turun ke bawah temankan ummi makan. Anas juga makan lasagna yang masih berbaki, sambil bermain dan bergurau lagi dengan Mussaab.
Selepas isyak,Anas minta explain tentang volcano pula. Kemudian ummi temankan Anas dan Mussaab tidur. Jam 10, keduanya dah lena. Alhamdulillah.
Semoga lena anak-anak ummi bersama mimpi indah. Ummi sayangkan Anas, Mussaab dan Miqdad. Semoga hari esok akan menjanjikan yang lebih baik untuk kita semua. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment