Baru baru ini berpeluang ke UIA setelah sekian lama meninggalkan kampus tercinta itu. Kali terakhir berada di sana ialah ketika hari konvokesyenku pada tahun 2010. Akhirnya 2016 dapat kembali lagi menjejak bumi yang menyimpan 1001 kenangan ini. Ke uia untuk tujuan pendaftaran adik iparku di sini dalam kuliyah ilmu wahyu. Ketika meninggalkan uia dulu, masih muda belia. Kini kembali bersama suami dan anak anak (juga ibu mertua dan adik ipar). Allah.. Masa sangat pantas berlalu.
Saat masuk ke gerbang uia, mata tak lepas memandang setiap sudut. 4 tahun di situ, boleh dikatakan setiap sudut menyimpan kenangan. Setiap sudut, ada ceritanya tersendiri. Dari post guard, CAC, bangunan kuliyah architecture dan engineering dan seterusnya, semuanya tempat yang pernah kujejaki. Bangunan kuliyah education yang dulunya sedang dibina ketika di tahun akhir pengajianku, kini tersergam di puncak bukit bertentangan dengan kuliyah engineering.
Tempat pertama yang kami tuju ialah mahallah Maryam di mana adik iparku diberi penempatan di situ. Mahallah Maryam berdekatan dengan mahallahku dulu iaitu Mahallah Aminah. Saat melepasi mahallah Aminah juga mata tak lepas memerhati setiap blok yang bangunan yang berwarna coklat itu. Masih seperti dulu. Rindu membuai. Wajah teman teman sebilik terbayang di mata. Di sini tempat kami berkenalan, menjalin persahabatan dan mengharung suka duka bersama. Sangat rindu saat itu...
Agak lama juga berada di Mahallah Maryam. Sempat makan makan di cafe sementara menunggu adik iparku selesai irusan pendaftaran. Selepas itu naik ke biliknya dan meninggalkannya di mahallah tersebut.
Dalam perjalanan pulang kami melalui bangunan kuliyahku, economic and management sciences. Oh, rindu sangat pada tempat pengajianku ini. Suamiku melencong masuk ke kawasan kuliyah untuk aku tangkap gambar :) selepas itu terus bergerak pulang meninggalkan uia tercinta. Mungkin akan datang lagi, memandangkan adik ipar ada di sini.
Itulah sedikit coretan terindah sejak sekian lama meninggalkan bumi uia dan akhirnya kembali lagi. Pastinya ada berbagai rasa di dalam hati ini. Maklum saja, di sini tempat aku belajar dan berkawan. Di sini tercipta terlalu banyak kenangan suka duka, pahit dan manis.
Uia is the best!!
No comments:
Post a Comment