Sudah berada di bulan Februari 2016. Hampir 2 bulan sudah kami sekeluarga bermastautin di rumah sewa baru yang bertempat di Semenyih.
Alhamdulillah anak anak lebih suka dan lebih bebas bermain di sini. Rumah juga lebih besar dan selesa. Pastinya ada sedikit perbezaan buat kami.
Di sini jiran kebanyakannya melayu, tak seperti dulu yang kebanyakannya india. Baru berkenalan dengan jiran depan rumah. Jiran kiri dan kanan masih tak bertegur sapa. Maklum saja, masing masing pasangan yang bekerja. Awal pagi sudah keluar, malam baru balik rumah. Memang belum ada kesempatan untuk kenal. Di hari minggu pun agak sukar untuk berkebetulan jumpa kat luar rumah. Insya Allah, suatu hari nanti diizinkan Allah untuk berkenalan dengan jiran kami ini.
Di rumah baru ini juga aku dan suami mula mengajar anak anak untuk tidur di bilik sendiri. Dah siap belikan katil buat Anas dan Mussaab. Masih belum biasa, dan perlu banyakkk bersabar. Malamnya memang akan tidurkan mereka di katil masing masing sebelum aku masuk tidur. Tapi kadang kadang terjaga dari tidur Anas dah ada di tepi di dalam bilik kami. Hampir setiap malam meskipun dah dipesan setiap malam juga. Yang adiknya pula, akan terjaga 2-3 kali satu malam, menangis dan minta disusu. Maka kerapkali juga la berulang ke bilik mereka untuk tidurkan si kecil. Sabar jelah... Insya Allah mereka akan jadi biasa dengan bilik mereka nanti.
Di rumah ini juga suami decide untuk memelihara kucing. Kucing parsi betina yang berusia 2 bulan menjadi pilihan suamiku. Mulanya agak berat untuk aku bersetuju dengan permintaannya, tapi tengokkan kesungguhan suamiku, dan disokong pula oleh Anas, aku akhirnya bersetuju. Masih dalam tempoh nak membiasakan diri dengan kehadiran si comel ini. Semoga ianya dapat dijaga dengan baik. Risau juga, dulu pernah bela arnab tapi tak lama bila ditakdirkan arnab itu mati :,(
Semoga Allah menjaga si comel yang diberi bama Olly ini.
Di sini juga, tahun baru dan di rumah baru ini aku ditakdirkan hamil lagi selepas mengalami keguguran pada bulan Disember 2015. Alhamdulillah, syukur ku panjatkan hanya padaNya. Kini kandungan masuk minggu ke 6. Tak dinafikan, rasa risau dan bimbang itu tetap ada di hatiku mengenangkan pengalaman lepas. Namun, hanya pada Allah aku berserah dan berdoa. Semoga ini rezeki buat kami. Sesungguhnya aku rindu untuk hamil dan melahirkan si comel lagi :) insya Allah.
Itu saja antara coretan sepanjang di tempat baru ini. Masih terlalu baru di taman pelangi semenyih 2 ini. Tapi aku sukakannya.
Dah agak lama tak update blog ni. Bila dah berhenti, terasa malas pula nak menulis. Insya Allah cuba gagahkan dan rajinkan diri. Tulis yang baik baik dan bermanfaat :)
Insya Allah
No comments:
Post a Comment