Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama keluarga (mertua) berpiknik dan berehlah di Pantai Bukit keluang, besut Terengganu pada hari sabtu yang lepas (24/10/15)
Kami bertolak dari rumah mak di Kota Bharu sekitar jam 9.00 pagi dengan menaiki 3 buah kereta. Agak ramai juga, walaupun sebenarnya masih tak cukup adik beradik suamiku yang 10 orang tu. Kalau semua ada pasti bertambah meriahnya. Hanya 6 beradik saja anak mak yang boleh join, dengan 2 menantu serta cucu seramai 11 orang. Semuanya berjumlah 21 orang termasuk mak dan bibik adik iparku. Ramai sangat dah tu :)
Kami tiba di sana dalam pukul 10 pagi. Orang dah ramai kat sana, tapi Alhamdulillah dapat juga tempat yang agak selesa dan luas untuk kami sekeluarga. sesampainya di sana kami agak risau juga kerana keadaan yang mendung macam nak hujan. sebaik tikar dihampar dan barang barang diangkut turun, hujan mula turun rintik rintik. First sekali payung diambil dan diberikan pada mak yang tengah menghidupkan api untuk bbq. Tikar ditutup semula untuk mengelakkan basah. Anak anak saudara masih berlarian di tepi pantai tanpa menghiraukan hujan. Aku pula membawa anak anak berteduh di pondok, sedang suamiku sibuk membantu apa yang patut bersama mak dan adik adiknya.
Alhamdulillah hujan tak lama. Bila sudah reda, kami teruskan piknik kami. Yang nak mandi terus berlari ke laut, termasuk suami dan anak anakku. Mak terus membakar ayam dibantu adik ipar serta kakak iparku. Aku hanya memerhati. Sesekali berjalan ke tepi pantai melihat mereka yang asyik mandi manda. Jelas terpancar keseronokan mereka bermain air :)
Agak lama mandi di pantai, masing masing naik untuk mengisi perut. Ayam pun dah banyak yang siap dibakar. Makan dengan nasi goreng, bihun goreng, nasi putih pun ada. Sangat berselera makan semuanya dek kerana penat bermain air.
Selepas makan mereka ke kawasan bukit keluang untuk melihat suasana di situ. Jalan jalan dan ambil gambar. Ramai orang di sekitar kawasan situ. Masing masing dengan aktiviti tersendiri.
Kemudian mereka kembali ke laut untuk mandi second round. Tak puas mandi lagi rupanya :) aku hanya memerhati suami yang asyik mandi manda bersama anak anak dan anak saudara. Kemudian mak pula datang menjenguk dan mengajak pulang kerana dah hampir masuk waktu zohor. Masing masing mengikut perintah.
Kami mengemaskan apa yang patut. Clearkan segala sampah sarap, dan tinggalkan kawasan tersebut dalam keadaan bersih seperti kami mula datang tadi. Saat berangkat pulang kedengan azan zohor berkumandang. Kami singgah solat zohor di masjid berdekatan dan sambung perjalanan pulang yang mengambil masa dalam 1 jam. Anak anak dan anak saudara yang keletihan semuanya terlena tidur di dalam kereta.
Sampai di rumah dalam pukul 3 petang. Alhamdulillah rehlah keluarga yang memuaskan dan memberi kesan mendalam di hati. Gembira dapat bersama sama keluarga yang jarang jarang dapat berkumpul bersama. Berpuas hati juga kerana dapat menikmati suasana pantai yang masih cantik dan selamat untuk mandi manda :)
No comments:
Post a Comment