HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday 7 October 2024

LD ANNUAL SPORTS DAY 2024



Telah berlangsung sukan tahunan Little Diamond Kindergarten bertempat di Dewan Komuniti, Pekan Semenyih dengan jayanya. Alhamdulillah.


Pendaftaran bermula jam 8 pagi (dan sarapan disediakan), seterusnya program bermula jam 9 pagi dengan perbarisan anak-anak yang terbahagi kepada 4 kumpulan (merah, biru, hijau dan kuning). Sebelum acara, anak-anak menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri Selangor, tak lupa bacaan doa pembuka majlis, bacaan ikrar, dan seterusnya game anak- anak yang dinanti-nantikan.


Apa yang berbeza, tahun ni diadakan hari sukan semata, tak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana ia dibuat bersama dengan sambutan merdeka. Warna kumpulan pun berbeza, warna putih (warna bendera) diganti dengan warna hijau. Tema hari sukan tahun ni pula ialah buah-buahan. Buah ceri mewakili rumah merah, buah durian mewakili rumah hijau, buah blueberry mewakili rumah biru dan buah mangga mewakili rumah kuning. Ibubapa berpakaian mengikut warna rumah sukan anak masing-masing.


Tahun ni Suri dapat rumah merah, maka satu keluarga berpakaian merah (kecuali Nuha berwarna pink sebab takde baju color merah). Tahun kedua Suri di Little Diamond Kindergarten, dan kali kedua juga la Suri masuk acara sukan. Seminggu dah praktis main game kat sekolah, akhirnya tiba hari yang dinantikan. Suri bersemangat nak main. Abang-abang (ex Little Diamond) pun datang juga nak support Suri. Dan Alhamdulillah tahun ni abi dapat datang sekali tengok Suri main (dah banyak tahun abi tak dapat hadir tengok anak main sebab kebetulan ada kat laut atau ada hal lain). Alhamdulillah abi ada hari ni dan dapat tunggu sampai habis program sebelum memecut ke Terengganu untuk kembali bekerja.


Secara keseluruhan, majlis berjalan lancar dan santai saja. Anak-anak enjoy, mak ayah pun enjoy tengok anak main dan menyanyi. Makanan pun sedap dan mengenyangkan, dan ada game dan hadiah untuk ibubapa juga.  Tak expect yang lebih-lebih, cukuplah teacher dan anak- anak dah buat yang terbaik. Dapat main dan dapat hadiah, itu sudah cukup buat mereka happy. Tambah satu lagi koleksi medal dari Little Diamond Kindergarten. Tahun depan insya Allah tambah satu lagi :)


Tahniah Suri dan kawan-kawan semua. Rasanya takde yang kisah pun pasal menang kalah. Fokus main je, lepas tu naik pentas ambik hadiah :) 


Tamat sudah sukan tahun ini. Tahun depan main lagi ye anak-anak!


(Tak banyak tangkap gambar sebab duduk jauh. Tunggu teacher share gambar dari cameraman je)


Jom imbas kenangan hari sukan LD tahun-tahun lepas;






September 2018

Anas (6 tahun) dan Mussaab (4 tahun)- rumah merah.

Masa ni student belum ramai lagi. Little Diamond bergabung dengan Tadika Permata Cinta.







September 2019


Mussaab 5 tahun-rumah biru

Ummi tak dapat hadir sebab baru bersalinkan Suri. Abi, Anas dan Miqdad yang datang support Mussaab main.







October 2020


Mussaab 6 tahun

Hari sukan yang berbeza disebabkan oleh covid-19. Tak ada team, tak berkumpul ramai-ramai, main secara individu, dan balik dengan hadiah dan kepuasan tersendiri.

(Abi tak hadir sebab bekerja)







December 2021


Miqdad 5 tahun

Pun masih dalam suasana pkp dan perangkap covid-19. Tak boleh berkumpul ramai-ramai. Main secara individu, sama seperti tahun sebelumnya. 

(Abi tak hadir sebab ada kerja kat rumah)







September 2022


Miqdad 6 tahun-rumah kuning.

Kembali ke kehidupan normal. Anak-anak ada rumah sukan masing-masing. Ibubapa berkumpul di dewan memberi sokongan macam biasa.

(Abi tak dapat hadir juga sebab kerja)






September 2023


Suri 4 tahun-rumah kuning

Suri pula mengambil tempat di Little Diamond Kindergarten. Lagi sekali ummi kena turun support anak main :)

(Abi sekali lagi tak dapat datang sebab bersama nenek yang perlu menjalani pembedahan jantung)











Oktober 2024

Suri 5 tahun-rumah merah

Alhamdulillah kali ni cukup semua satu family datang support Suri main.


Seorang demi seorang. Dari Anas, Mussaab, Miqdad, hinggalah Suri. Tak sedar masa berlalu. Syahdu pula hati ummi ini :,)


Membesar sihat dan cemerlang anak-anakku!




No comments:

Post a Comment