Sudah 2 minggu suami keluar bekerja. Yang asalnya seminggu saja, extend to 2 minggu atas alasan yang tak boleh dielakkan. Maklumlah, kerja makan gaji saja, wajib patuhlah pada arahan yang di atas.
Semakin lama pergi, kewangan isteri di rumah makin menyusut juga. Top up barang dapur, petrol, belanja anak sekolah, beli makan luar lagi (walaupun bukan hari-hari). Ya Allah, kos hidup terlalu tinggi. Alhamdulillah bila minta masih dikasi :) cukuplah untuk teruskan hari penantian yang berbaki. Dan semoga sentiasa cukuplah rezeki buat kita sekeluarga.
Minggu lepas agak releks sebab ada hari cuti umum dan tambahan (sempena maulidurrasul). Tambahan ada anak yang tak sihat dan tak dapat ke sekolah, tak sibuk sangatlah minggu lepas.
Minggu ni berbeza sebab anak-anak dah tentu perlu ke sekolah setiap hari. Alhamdulillah, dah beransur sihat dan baik semua. Minggu ni juga ada 2 temujanji penting, satu di Hospital Kajang dan satu lagi di KK Rinching Tengah. Sangkanya minggu ni akan mudah sebab sepatutnya suami ada di rumah. Tapi nampaknya ketentuan Allah adalah yang sebaliknya. Kena hadap semua sendiri juga. Allah, aku reda dan pasrah. Insya Allah ada hikmah. Dan yang pasti, aku ada Allah.
Isnin, mudah, Alhamdulillah. Hari ni hanya Anas dan Miqdad ke sekolah. Ditakdirkan Mussaab jatuh basikal semalam (Ahad) dan agak teruk juga luka. Tak dapat ke sekolah sebab masih sakit-sakit badan katanya. Suri pun tak pergi sebab masih selesema (demam Jumaat lepas). So, hari ni hanya hantar dan ambil Anas dan Miqdad sajalah.
Selasa juga mudah. Alhamdulillah. Semua sudah kembali ke sekolah. Macam biasa, berpagian ke sekolah. Selasa perlu lebih awal sebab Anas bertugas baca surah (al-Waqiah) di perhimpunan. Dalam awal, adalah juga yang tertinggal itu dan ini, dan kena patah balik rumah juga untuk ambil barang yang tertinggal (2 pusingan plak tu hari ni). Anak bertuah sungguh! Lepas tu ikut jadual macam biasa, ambik anak sekolah ikut waktu balik masing-masing.
Rabu minggu ini sedikit berbeza. Ada temujanji di Hospital Kajang. Kalau ikutkan, 8 pagi dah patut ada kat sana. Tapi oleh kerana perlu settlekan anak-anak sekolah dulu (dah siap awal dari biasa dah), jam 8 pagi baru boleh ambik grab ke hospital. Menempuh sesaknya pagi, Alhamdulillah urusan dipermudahkan jua. Mussaab terpaksa bayar transit untuk hari ni, dan Suri terpaksa ambik lambat sikit. Anas dan Miqdad tak ada masalah sebab balik petang macam biasa.
Jam 12 sampai rumah, ambik Suri, rehat dan ambik Miqdad. Lepas tu ambik Anas (ada aktiviti koko hari ni), dan akhir sekali ambik Mussaab. Seronok dia bercerita pengalaman pertama transit kat sekolah agama :) nak transit lagi katanya. Dan selesailah hal sekolah anak-anak hari ni. Malam sibuk siapkan apa yang perlu (esok kena bergerak awal sebab Mussaab dan Suri ikut lawatan sekolah). Anas pun tak boleh lewat ke sekolah (kena sampai sebelum 7.15).
The next day, Khamis. Hari ni pun semua kena bangun dan bersiap awal. 6.30 dah keluar rumah. Hantar dulu Anas dan Miqdad. Lepas tu Mussaab. Hari ni Mussaab ikut lawatan sekolah ke Kidzania. Paling lewat kena sampai 7.45. Alhamdulillah pukul 7 dah sampai sekolah. Dan yang terakhir hantar Suri. Suri pun nak ikut lawatan sekolah (Petrosains dan Muzium Polis). Kena sampai sebelum 7.30. Alhamdulillah dapat sampai awal juga. Legaa.. settle juga semuanya. Syukur padaMu ya Allah.
Ingatkan boleh balik bersenang lenang di rumah. Tapi.. hari ni ada temujanji di klinik kesihatan pulakkk. Balik breakfast dan berehat sekejap,8.30 ke klinik. Setengah hari menjadi ‘penunggu’ di sini. Syukurlah, tak terkejar untuk ambik Mussaab dan Suri dan sediakan makan minum. Jadi releks sajalah menapak di klinik, hingga selesai pukul 11.20. Balik makan dan rehat. Kepala dah start pening dan terpaksa ambil panadol. Sampai masa, jemput anak-anak di sekolah masing-masing setelah seharian rumah ni sepi dari suara anak-anak. Kembalinya mereka, kembali meriah dan riuh rendah rumah jadinya. Alhamdulillah semua kembali ke pangkuan dalam keadaan yang baik, dan bersama kenangan hari ini yang tercipta.
Jumaat, last day sekolah untuk minggu ni. Teruskan rutin biasa mengejutkan anak-anak untuk ke sekolah, sediakan breakfast dan hantar ke sekolah masing-masing. Eh, ada lagi episod tertinggal barang. Memang sengaja nak menguji kesabaran ummi. Alhamdulillah semua sempat dihantar on time. Kecuali Suri, hari ni ummi tak hantar ke sekolah. Semalam dah seharian ikut lawatan kan. Hari ni rehat kat rumah je. Kurang sikit trip ummi hari ni :)
Seminggu dah pun berlalu. Alhamdulillah. Setiap hari ada ujian dan cabaran tersendiri. Namun syukurlah, semua dalam kemampuan untuk menghadapinya. Dan of courselah, pertolongan Allah itu yang memudahkan segalanya.
Esok Sabtu, insya-Allah boleh rest lebih sikit. Tak perlu bergegas di pagi hari. Dan insya-Allah, suami juga akan kembali setelah hampir 2 minggu keluar mencari rezeki. Semoga Allah permudahkan urusanku dan urusannya. Bertemu dan berpisah keranaMu ya Allah.
No comments:
Post a Comment