Alhamdulillah tamat sudah sessi pembelajaran tahun 2022/2023 yang bermula Mac 2022 sehingga Februari 2023. Alhamdulillah 2 tahun genap sudah Mussaab di SK Kampung Rinching dan SRI Permata Nusaybah. Mussaab punya jalan cerita tersendiri.
Mussaab dah pun tamat belajar di tahun 2. Tak lama lagi akan melangkah ke tahun 3 pula. Alhamdulillah dan tahniah, walaupun tak merangkul anugerah kecemerlangan, Mussaab dah berjaya sampai ke tahap yang lebih baik dalam pengajian akademik dan agama. Ummi percaya, dengan semangat dan usaha, Mussaab akan lebih cemerlang di masa akan datang.
Di SKKR, ummi sempat jumpa dengan guru kelas Mussaab untuk mendapatkan maklumat prestasi pada bulan September yang lalu. Alhamdulillah tak ada masalah dalam pelajaran Mussaab. Cumanya, dalam kelas suka bersembang, dan buku aktiviti pula banyak tak lengkap. Bukan masalah besar, tapi still kena ubah sikap kalau nak berjaya kan?
Begitu juga di SRI Permata Nusaybah, komen ustaz Izz lebih kurang sama. Di SRIPN, ummi dapat jumpa ustaz dua kali iaitu pada bulan Julai dan bulan Disember untuk terima laporan prestasi Mussaab. Dari segi result peperiksaan, agak membanggakan juga sebab untuk kedua pertemuan dengan ustaz, Mussaab berada dalam top 5, which is terbaik jugalah tu. Alhamdulillah. Cuma bab sikap, itu masih perlu diperbaiki. ‘Banyak main dan banyak main-main’, itulah Mussaab. Masa yang akan mematangkan. Insya Allah. Mussaab mampu menjadi pelajar yang lebih baik, cemerlang akademik, agama dan sahsiah. Ummi akan sentiasa mendoakan Mussaab.
Selesai majlis anugerah kecemerlangan di SKKR hari ini (17/2/2023) dan esok pula di SRIPN (18/2/2023). Tahniah buat kawan-kawan Mussaab yang telah merangkul anugerah kecemerlangan. Yang tak dapat, bukan pula bererti gagal dan tak berjaya, ya!
Masih ada peluang untuk Mussaab berusaha dan beroleh kejayaan cemerlang. Insya Allah. Tahniah juga untuk Mussaab yang melalui setahun ini dengan baik. Rajin ke sekolah tanpa merungut, join banyak aktiviti di sekolah, belajar ilmu baru setiap hari, dan bertambah ilmu dan pengalaman saban hari, saban waktu. Semua itu satu pencapaian juga buat Mussaab.
Ummi percaya Mussaab akan lebih matang dan lebih berjaya di masa akan datang. Ummi percaya Mussaab juga akan berada di kalangan mereka yang hebat dan cemerlang. Insya Allah!
Terima kasih tak terhingga buat guru-guru yang mendidik Mussaab. Jasa guru semua, hanya Allah yang mampu membalasnya.
SRIPN-Julai 2022
SKKR- September 2022
SRIPN- Disember 2022
**oh ya, exam akhir tahun (Februari) ummi tak terima result Mussaab sebab 2 hari terakhir sekolah Mussaab tak hadir sebab sakit mata.**
No comments:
Post a Comment