(24-26 Oktober 2022)
Family camping kali ke-2 di Black Stone Camper Park, Kuantan selama 3 hari 2 malam.
Alhamdulillah kali ini juga dipermudahkan urusan kami sekeluarga.
Hari pertama (24 Oktober 2022)
Bertolak dari Kota Bharu jam 8 pagi, dan sampai di tapak perkhemahan sekitar jam 4 petang. Mula pacak khemah, dan susun atur segala barang dan peralatan. Cuaca agak baik dan tidak hujan. Kali ini ditemani ramai teman camping (tak seperti first camping dulu, hanya kami sekeluarga saja di tapak perkhemahan).
Dah selesai pasang khemah, suami dan anak-anak tak lepaskan peluang untuk mandi pantai sepuasnya hingga gelap hari. Makan malam just beli kat luar, belum ready nak memasak. Malam pula, tidur awal sebab dah kepenatan semua, tempuh perjalanan panjang dan main pantai.
Hari kedua (25 Oktober 2022)
Bangun solat subuh semua, cuaca pun Alhamdulillah baik. Pagi ni masak burger untuk anak-anak. Pagi-pagi lagi dah masuk mandi pantai, naik just untuk isi perut yang lapar, kemudian sambung mandi pantai lagi. Walaupun cuaca panas, masih juga tak nak naik.
Hari ni masa dipenuhi dengan aktiviti mandi pantai, main pasir, main bola, main game sekejap kat khemah, makan-makan, dan naik atv. Oh ya, Miqdad dari semalam kurang sihat, so, kurang bermain berbanding yang lain. Tapi masih juga enjoy mandi pantai walaupun tak lama.
Hari ni diuji dengan angin kuat dan hujan, tapi syukurlah tak lama. Sempat selamatkan segala barang dari diterbang angin.
Malam ni pun tidur awal juga, sebab penat sangat dengan aktiviti pantai.
Hari ketiga (26 Oktober 2022)
Bangun subuh, bersiap dan bersedia untuk balik. Kemas semua barang, buka khemah dan bersihkan kawasan camping. Tak nak berlengah, sebab takut menempuh kesesakan di jalan raya memandangkan hari ni hari terakhir cuti (sempena deepavali). Pagi ni breakfast di kedai makan berhampiran tapak perkhemahan, kemudian teruskan perjalanan balik.
Alhamdulillah sampai di rumah hampir jam 1 petang. Penat tapi seronok. Semoga diberikan kesempatan lagi olehNya untuk melakukan aktiviti keluarga seperti ini di masa akan datang.
Sedikit tentang Black Stone Camper Park; tempat ni memang menarik dan pantainya juga cantik. Tapak khemah betul-betul menghadap laut. Ada banyak pilihan tapak, masa book tu boleh pilih tapak yang kita nak. Kat sini juga berdekatan dengan bandar, so senang nak cari keperluan dan makanan. Berdekatan dengan tapak khemah pun ada kedai celup tepung. Toilet juga banyak, cuma tapak yang kami dapat ni agak jauh sikit dengan toilet. Sinki pun ada. Penjaga campsite pun ada pada kebanyakan masa untuk memantau dan membantu apa yang patut.
No comments:
Post a Comment