HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Tuesday, 15 February 2022

VIRUS YANG MASIH MEMBELENGGU KEHIDUPAN







Bermula sessi persekolahan di tahun baru (2022) pada 10/1/2022, dan kini sudah di minggu ke-6 anak-anak meneruskan pembelajaran mereka. Mereka masih di minggu-minggu terakhir sessi pengajian 2021 (kalau ikutkan silibus belajar pun dah habis). Tinggal seminggu saja lagi untuk mereka masuk ke sessi baru 2022.


Sudah 5 minggu, dan kini diuji dengan kes covid-19 yang kembali meningkat. Malahan kebimbangan yang dulu menjadi kenyataan bila banyak kes positif di sekolah-sekolah. 


Anas dan Mussaab (bermula last week) ‘dicutikan’ kerana ada kes di kalangan guru dan pelajar. Miqdad juga ‘dicuti’kan sementara untuk pantauan. Semua dah buat ujian RTK dan Alhamdulillah keputusannya negatif. 


Untuk sementara waktu anak-anak belajar seadanya di rumah. Belajar dan bermain, sudah tentunya. 


Pendek kata, ibubapa dalam situasi serba salah untuk hantar anak ke sekolah atau tidak. Nak hantar risau, tak nak hantar takut anak ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Serba tak kena.


Kini dah bermula program vaksinasi untuk anak-anak. Anak-anak kami antara yang terawal menerimanya, dan Alhamdulillah semua dalam keadaan baik, meski ada banyak suara yang menentang program ini kerana ia dikatakan menzalimi kanak-kanak. Kami memilih untuk vaksin anak-anak kerana yakin pada ‘apa kata pakar’ dan sudah tentunya kerana mahu melindungi anak-anak kami. Ini adalah antara usaha dan ikhtiar kami sebagai ibubapa. Moga Allah lindungi mereka.


Kini anak-anak banyak spend masa di rumah. Kembali memeriahkan suasana rumah saban hari seperti zaman pkp dan pdpr. Cumanya tidak terkurung seperti dulu lagi. Tiada halangan untuk keluar menikmati dunia luar, namun pada kebanyakan masa, kami memilih untuk stay at home saja. Di luar sana, virus masih bertebar mencari mangsa.


Kini tunggu masa untuk balik kampung saja (cuti sekolah nanti, insya Allah). Itulah keseronokan anak-anak, dapat main dengan sepupu yang jarang dapat mereka jumpa.


Kini seakannya sedang kembali ke puncak di mana kes akan terus mencanak naik, namun harapannya situasinya tak akan sama seperti tahun-tahun yang lalu. Semoga kita akan terus dapat ‘menikmati’ hidup biarpun bersama virus yang entah bila akan lenyap ini. 

No comments:

Post a Comment