HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Sunday, 8 August 2021

DIARI ANAKKU: 080821




Hari Ahad-hari cuti pdpr. Semuanya bangun awal bersolat subuh macam biasa, lepas tu turun cari game masing-masing. Hari cuti, hari untuk main game. Tak dinafikan sejak ‘duduk di rumah’ dalam tempoh yang sangat lama ni, game menjadi hiburan buat anak-anak. Cuba untuk kawal sebaiknya, namun tak mampu nak kawal sepenuhnya. 


Sebelum breakfast main game dulu. Lepas breakfast sambung lagi. Tak ada aktiviti lain, ummi pun tak tahu nak suruh buat apa. Tv dan gadjet saja di pagi hari ni. Masa berlalu tak terlalu dirasa. Mujur juga kerja sekolah semua dah siap. Hari minggu boleh buat aktiviti sesuka hati. 

Anas, Mussaab dan Miqdad layan game sama-sama. Suri layan diri sendiri, ke sana sini dengan hal sendiri. Abi keluar sekejap bawa Suri naik kereta.


Tengahari makan tengahari lauk masakan abi. Lepas makan lepak sekejap kat luar. Lepas tu naik ke atas main dengan Dunkin’ dan anak-anaknya yang baru lahir, sampailah masuk waktu zohor. Solat zohor berjemaah dan turun semula ke bawah. Main game lagi. Sementara Suri tidur bersama ummi. 


Ummi turun ke bawah pukul 4, masih dengan game. Masuk waktu asar, stop main semua. Lepas solat makan malam (walaupun masih awal sangat) sebab semua dah lapar. Lepas makan pakat melukis komik. Suri pula menonton video.


Jam 6.30, keluar main di luar. Main sepak bola dengan abi. Dekat jam 7 masuk semula ke dalam rumah. Naik atas, mandi dan bersiap untuk solat Maghrib. Sebelum tu sempat lagi sambung melukis komik masing-masing. Lepas solat macam biasa baca Quran, dan turun ke bawah sekejap ikut abi tengok berita. Masuk waktu isyak solat sama-sama dan ready untuk tidur. Ummi tidurkan Suri, abi temankan Anas, Mussaab dan Miqdad. Semua tidur awal, dengan abi sekali tertidur dengan anak-anak. Suri pula, sebab siang tadi dah tidur banyak, susah nak lelap malam ni. Hampir jam 10 barulah lena. Alhamdulillah.


Ummi juga dah rasa mengantuk sangat. Turun buat kerja sikit kat bawah, dan naik semula ke atas. Ready nak tidur juga.


Beginilah perjalanan kisah kita saban hari. Kisah yang hampir sama dan serupa. Hanya berkisarkan cerita di rumah semata. 


Alhamdulillah untuk hari ini yang dilalui baik. Alhamdulillah masih lengkap satu keluarga. Walaupun terkurung di rumah saja, tak mengapalah kita masih tetap bersama. Memang penat dan jemu sudah, terkurung begini lama. Namun apalah daya kita. Terima takdir ini dengan redha. Insya Allah kita dapat laluinya bersama dan melepasi masa sukar ini bersama-sama.


Moga lena semua. Mimpikan yang indah. Moga esok kan lebih baik buat kita semua. Aameen.

No comments:

Post a Comment