Suri Lilyana
15/8/2019-15/6/2021
Genap usia Suri 22 bulan. Dah tak lama nak masuk 2 tahun. Dah besar dah princess ummi dan abi. Tapi dah lama ummi tak update tentang Suri di blog ummi. Sorry sayang. Ummi sangat sibuk dengan urusan lain. Jadi kurang berinspirasi untuk menulis.
Ok, hari ni ummi berkesempatan untuk menulis tentang Suri. Suri yang dah semakin besar, aktif dan cerdik.
Kali terakhir bawa Suri check up di klinik ialah pada usia Suri 21 bulan. Ada satu lagi temujanji iaitu pada usia Suri 2 tahun. Check-up yang lepas sebenarnya adalah susulan dari pertemuan sebelum tu (pada usia setahun setengah), yang mana berkaitan dengan masalah speech delay (yang dikhuatirkan) sebab pada usia Suri setahun setengah masih belum menyebut ‘satu perkataan yang bermakna’ seperti ummi dan abi, susu, makan, dll. Mulanya ummi tak perasan sangat pasal tu, tak adalah pula ummi nak compare dengan abang-abang Suri sebab ummi rasa Suri normal je, walaupun abi asyik dok desak Suri bercakap :) tapi bila misi di klinik bertanyakan soalan tu, kelu dan risau pula ummi. Barulah ummi nak start compare dengan abang-abang. Dan kalaulah abang-abang Suri yang jadi kayu ukur, memang hakikatnya Suri dah tertinggal di belakang bab bercakap. Sebabnya, Anas, Mussaab dan Miqdad memang cepat dapat word dan bertutur dulu.
Dah macam tu, misi refer ke doktor. Doktor tanya macam-macam soalan. Tapi tak nampak serius sangatlah, cuma dia set temujanji 3 bulan seterusnya iaitu pada temujanji yang lepas.
Ya, sekarang Suri dah dapat beberapa perkataaan yang boleh disebut. Sikit jelah, tapi ada. Contohnya apple, ball, air, saya, ball.. yang biasa disebut-sebut. ‘Ummi dan abi’ belum berjaya lagi. Ada juga la kedengaran sayup-sayup :D Alhamdulillah itupun sudah sangat bersyukur, walaupun kalau ikutkan hati nak ‘lebih’ lagi. Untuk temujanji kali ni, respon misi dan doktor pun macam biasa-biasa je. Normal je kot Suri! Cuma lambat sikit berbanding abang-abang. Ummi positif je la. Misi just guide cara bercakap dengan anak, untuk bagi dia cepat bercakap. Pengalaman baru untuk ummi (walaupun dah anak empat pada hakikatnya).
Satu lagi masalah, ialah pasal kutil/ketuat yang naik di badan Suri. Sebijik dua je, tapi hilang satu, naik pula satu kat tempat lain. Ummi anggap biasa (sebab abang-abang Suri pernah ada, sekarang dah tak ada), tapi doktor bagi surat refer ke pakar kulit di hospital Serdang (masih belum berkesempatan untuk ke sana sebab abi selalu tak ada di rumah).
Itu la serba sedikit tentang ‘masalah’ Suri pada usia sekarang ni. Bab lain, semuanya ok dan normal. BMI cantik, faham arahan, aktif dan banyak akal juga.
Cuma bab bercakap, mungkin ada sebabnya Suri lambat sikit. Salah ummi barangkali, kerana banyak sibuk dengan hal abang-abang (tambahan pula PKP dan pdpr sejak sekian lama), fokus ummi banyak pada abang-abang. Jarang ada aktiviti khusus dengan Suri. Abi pula jarang ada di rumah (kalau abi ada dia yang rajin layan Suri kan). Ini juga ujian. Kesinambungan dari ujian covid-19 yang belum berkesudahan. Maafkan ummi. Bukan salah takdirNya, cuma ummi lewat tersedar dan kurang berikhtiar.
Apapun ummi berserah pada takdir. Allah tentukan semua. Ummi juga tak ingin memaksa dan menekan semata nak Suri cepat bercakap. Perlahan-lahan tak mengapa, insya Allah Suri akan bercakap juga nanti. Lancar dan fasih! Insya Allah.
Dan Alhamdulillah Suri membesar baik, di samping abang-abang yang saban hari ada bersama. Riuh rendah tiap masa kan? Abang-abang, kadang-kadang buat hal sendiri, kadang-kadang juga akan bermain dan melayan Suri. Saat bermain bersama, itulah yang paling menghiburkan. Moga kan bersatu dan mesra selamanya, Suri dan abang-abang.
Ok sudah panjang catatan ummi tentang Suri. Tak ada yang merisaukan, insya Allah. Suri akan membesar baik seperti abang-abang juga. Malahan dilimpah dengan kasih sayang kiri dan kanan. Kasih ummi dan abi, kasih abang-abang, dan kasih Allah yang paling utama.
Suri ummi yang cantik.
Doa ummi kan sentiasa mengiringi.
Moga membesar jadi hambaNya yang taat dan solehah.
Terjaga maruah, terhias indah akhlak dan budi.
Insya Allah bahagia untukmu dunia dan akhirat.
Ummi sayang Suri dunia akhirat.
Hari bahagia bersama ummi, abi dan abang-abang
Moga bahagia sentiasa buatmu duhai puteri
No comments:
Post a Comment