Hari ke-2 Abi di Bintulu. Berkuarantin lagi, tapi mungkin tak selama seperti yang lepas (harap-haraplah).
Hari ni semua bangun pagi hampir serentak, seperti biasa. Anas tak bersekolah hari ni kerana sekolah ‘merehatkan’ semua student atas sebab-sebab tertentu. Mussaab bersiap untuk ke sekolah seperti biasa. Breakfast roti telur cheese dan nasi goreng lebihan semalam. Jam 8 ummi hantar Mussaab ke sekolah ditemani Miqdad dan Suri. Anas tinggal di rumah menonton YouTube.
Balik dari hantar Mussaab ummi cuci lantai di luar rumah. Miqdad, Suri dan Anas juga tolong sama. Best dapat main air sampai basah semua. Masuk ke dalam rumah, tengok tv sekejap kemudian naik ke atas jemur kain. Miqdad dan Suri macam biasa akan ekor ke mana ummi pergi. Anas di bawah, main game pula. Siap kerja- hampir jam 10 pagi, ummi tidurkan Suri. Miqdad turun ke bawah sertai Anas. Lepas tu naik semula ke atas, minta itu dan ini. Suri juga dah terbangun. Turun semula ke bawah.
Jam 11 ummi masak, Suri main kat luar dan sesekali masuk ke dapur. Anas siapkan exercise math, Miqdad menonton video Bing di YouTube. Jam 11.30 siap masak nasi beriani simple, makan sama-sama. Semua dah kelaparan, tak sempat tunggu Mussaab balik. Jam 12 ambil Mussaab di sekolah, dan terus balik ke rumah. Mussaab makan roti nuget dan nasi sikit. Lepas tu semua lepak depan tv.
Zohor, ummi naik ke atas solat dan tidurkan Suri. Anas, Mussaab dan Miqdad setia di bawah dengan hal masing-masing. Ummi juga tidur bersama Suri. Tak lama juga tidur bila Miqdad asyik keluar masuk bilik, menangis dan ‘buat hal’ kat bawah. Jam 3 lebih, ummi pun turun ke bawah join semua. Suri masih tidur di bilik. Anas minta nak makan nasi, Mussaab dan siap goreng nuget (pakai air fryer) dan makan dengan roti, Miqdad pun makan juga. Asyik lapar jelah semua kan. Sambil duduk santai ummi bersoal jawab sifir dengan Anas. Masih belum betul-betul lancar, perlu usaha lebih lagi ya Anas.
Jam 4 Suri bangun dari tidur dan ummi bawa turun ke bawah. Buka cerita Bing lagi, sampai masuk waktu asar. Solat dan terus melepak di depan tv. Hafiz datang bermain dengan Mussaab sehingga jam 6.30 petang. Main bayblade dan berbasikal. Ummi sediakan makan malam, makan bersama-bersama. Kemas meja makan, cuci pinggan mangkuk, kemas segala ruang sambil kerah tenaga semua, lepas tu naik ke atas. Mandi dan ready untuk solat Maghrib.
Lepas Maghrib sesi melipat kain baju masing-masing sambil video call abi. Malam ni cuti baca Quran. Dah selesai semua, ummi tidurkan Suri. Miqdad yang langsung tak tidur siang tadi juga tidur bersama Suri. Anas dan Mussaab dengan aktiviti sendiri di bilik mereka. Mussaab main Lego, Anas pula baca buku.
Masuk waktu isyak, solat dan ready untuk tidur. Ummi temankan Anas dan Mussaab sekejap sehingga jam 9 malam. Alhamdulillah tidur juga keduanya. Suasana kembali sunyi dan sepi dari suara anak-anak ummi.
Semoga tidur lena semuanya. Mimpi yang indah, dan esok bangun dengan ceria dan sihat sejahtera. Ummi love you all. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kita. Semoga dapat jumpa abi lagi, dan spend masa bersama-sama lagi. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment