Masuk hari ke-4 abi di Kerteh. ‘Sangkut’ di laut lagi kali ni. Yang sepatutnya balik esok, tertunda ke tarikh yang belum pasti lagi. Harap-harap, sempat balik bercuti di kampung. Minggu depan dah start cuti sekolah selama 1 minggu. Sepupu di Sabah juga balik, tapi tak lama. Harapnya sempat berjumpa.
Hari ni hari persekolahan seperti biasa. Anas yang pertama bangun, siap mandi dan berpakaian sekolah, solat subuh dan bersarapan. Selalunya bangun hampir serentak semua, tapi hari ni entah kenapa adik-adik masih melayan lena. Ummi layan Anas makan dan tolong siapkan apa yang patut. Hampir jam 7 pagi, van datang ambil Anas seperti setiap harinya. Alhamdulillah selesai bab Anas.
Ummi naik ke atas dan kejutkan Mussaab pula. Kemudian Miqdad dan Suri juga bangun. Mandi dan bersiap semua. Layan Mussaab dan Miqdad breakfast pula. Suri baik je, layan diri sendiri di lantai :)
Tepat jam 8 pagi ummi hantar Mussaab ke sekolah. Ditemani Miqdad dan Suri. Terus balik semula ke rumah. Susukan Suri, dan suapkan Suri makan. Miqdad layan ipad sekejap. Lepas tu naik ke atas. Rehat-rehat dan teman Miqdad buat aktiviti di buku. Suri juga bermain sendiri. Sempat juga berwhatsapp dengan abi di laut, saling bertanya khabar. Juga ceritakan pasal potty train Miqdad yang hampir berjaya :) Alhamdulillah.
Jam 10.30, ummi tidurkan Suri. Kemudian turun ke bawah masakkan bubur Suri. Miqdad buat aktiviti di buku. Jam 11.20 keluar ke kedai runcit dan speedmart untuk membeli keperluan. Ambil Mussaab dan beli sebungkus nasi di luar. Ummi tak masak, nasi lemak pagi tadi masih ada. Di rumah, makan tengahari sama-sama. Sebelum tu suapkan dulu bubur Suri sebab Suri dah merengek lapar. Selesai di meja makan, semua naik ke atas. Main dan berbual sama sendiri, sementara tunggu masuk waktu zohor. Suri juga tak menangis, dibiar meniarap di lantai.
Selepas zohor ummi susukan Suri yang dah mula menangis mengantuk. Mussaab dan Miqdad bermain di luar. Ummi juga tidur bersama Suri sehingga jam 3 petang. Mussaab sedang menonton boboiboy, Miqdad main toys katanya. Ummi tunggu Suri bangun dan turun ke bawah bersama Suri. Suri duduk bersama Miqdad dan Suri. Sempat ummi basuh pinggan dan kemas apa yang patut. Lepas tu ambil angin di luar bersama Suri dan Miqdad. Mussaab masih menonton tv. Anas Sampai di rumah jam 4 petang. Remote tv bertukar tangan. Giliran Anas menonton pula. Mussaab ready untuk ke kelas taekwando.
Jam 4.30 hantar Mussaab ke tadika untuk kelas taekwando. Di rumah, Anas menonton tv, Miqdad buat aktiviti sendiri di buku. Suri di bilik bersama ummi. Jam 5.30 ambil Mussaab. Miqdad dah terlena di sofa. Anas solat asar, dan menonton tv lagi.
Jam 6.30 makan malam. Video call sekejap dgn abi yg berada di tengah laut. Tutup tv semua, kemas sikit, dan naik ke atas. Mandi dan solat Maghrib. Suasana riuh rendah seperti biasa. Bergurau, bermain, tak duduk diam. Lepas Maghrib ummi tidurkan Suri. ‘Cuti’ mengaji malam ni. Anas siapkan homework, Mussaab dan Miqdad buat aktiviti dengan kertas. Dah tidur Suri, ummi cek homework Anas, solat isyak dan ready untuk tidur semua.
Anas dan Mussaab lena di bilik mereka. Ummi temankan Miqdad-yang paling last tidur sebab tadi siang dah tidur. Hampir jam 10, lena juga Miqdad di samping Suri. Alhamdulillah :)
Semoga mimpi indah semua. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk anak-anak ummi. Semoga diberi kesihatan yang baik dan ceria menjalani kehidupan. Tak lupa, doa kita untuk abi yang jauh. Moga Allah jaga abi, dan pertemukan kita semua lagi. Insya Allah.
I love you all
Ummi tak sempat nak snap gambar untuk hari ni. Tampal gambar yang satu ni jelah sebagai ‘wakil’
Sebelum ke sekolah
No comments:
Post a Comment