Hari minggu. Juga hari kedua abi di Miri, Sarawak. Anak-anak, bersama ummi di rumah.
Mulakan hari bersama-sama hari ni. Semua bangun hampir serentak. Siap mandi, dan turun ke bawah. Ummi keluar bersama Miqdad dan Suri membeli nasi lemak di luar. Balik ke rumah, breakfast sama-sama.
Lepas breakfast, Anas siapkan homework BM, Mussaab dan Miqdad menonton video. Lepas tu ummi tidurkan Suri yang bangun paling awal tadi. Dah tidurkan Suri, ummi teman Mussaab buat workbook suku kata. Miqdad melukis, Anas pula menonton video. Lepas tu ummi ‘paksa’ hafal sifir sekejap, dan kemudian memasak untuk makan tengahari. Suri pun dah bangun, sekejap saja tidurnya.
Dah siap masak, tengok movie Jumanji 2 (last weekend tengok Jumanji 1). Belum tamat cerita dah kecoh bergaduh Mussaab dan Miqdad. Asalnya berebut tempat duduk je. Pastu melarat pukul memukul. Terpaksa la ummi tamatkan siaran dan ‘ajar’ sikit 2 beradik tu.
Jam 12.30 makan tengahari, sambil berflash card dengan Miqdad. Sambil menyuap Miqdad dan memangku Suri juga. Sambil ‘membebel’ pada Anas dan Mussaab juga. Siap makan makan semua, kemas sikit, ummi dan Suri naik ke atas. Siapkan Suri, dan tidurkan Suri. Anas, Mussaab dan Miqdad buat hal sendiri di bawah. Tengok tv, dan buat aktiviti.
Tengah tidur, Miqdad naik ke bilik dan lena juga di tepi ummi. Lama tidur hari ni. Nyenyak sangat ummi, Miqdad dan Suri. Dekat masuk waktu asar barulah bangun semuanya. Turun ke bawah, Anas tengah buat homework. Baru lepas tengok tv. Mussaab pula dengan aktivitinya, bersepah lantai dengan kertas dan segala alat tulis. Itulah dia Mussaab, pantang ada kertas, gunting dan gam. Macam-macam boleh jadi.
Selesai solat asar, menjamu selera pula semuanya. Baru pukul 5.30 dah lapar. Lepas makan, main. Teacher Zeeda datang hantar roti canai frozen yang ummi order. Semua sekali keluar. Main kat halaman pula. Ummi siram pokok, Anas, Mussaab dan Miqdad main dengan riangnya. Suri perhati saja dari tikarnya. Lepas tu main getah paip sampai basah kuyup semua. Naik mandi dan kemas rumah. Masya Allah tak perlu suruh semua petang ni, Anas kemas di atas, Mussaab dan Miqdad kemas di bawah. Walaupun tak perfect, cukup buat hati ummi sejuk. Kan bagus kalau hari-hari macam ni :D Alhamdulillah.
Dekat masuk waktu Maghrib, semua dengan journal masing-masing ‘menulis’ ikut terlintas. Sambil main dan bergurau senda. Suri pun perhati je la abang-abang :)
Lepas Maghrib macam biasa baca Quran, iqra dan reading. Miqdad pun dah start join baca iqra dan reading dah. Tapi ikut rajin dia la. Ummi pun tak nak paksa.
Dah settle semua, time untuk ummi tidurkan Suri pula. Anas, Mussaab dan Miqdad buat aktiviti sendiri di luar sementara menunggu Isyak. Malam ni tak dapat call abi sebab abi dah berada di laut. Tapi masih boleh whatsapp tanya khabar. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan abi di sana.
Selepas solat isyak, turun bawah minum air sekejap, ready untuk tidurlah semua. Anas dan Mussaab tidur dibilik mereka. Ummi temankan Miqdad tidur di bilik ummi. Miqdad yang tadi siang dah tidur banyak, ambil masa juga la nak tidur malam ni. Pusing kiri, pusing kanan, dekat pukul 10 malam barulah terlena. Alhamdulillah. Semuanya dah tidur lena. Boleh ummi menyambung kerja di bawah.
Semoga bermimpi indah semua. Ummi sayang Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk anak-anak ummi, dan untuk kita semua. Insya Allah :)
No comments:
Post a Comment