Kurang lebih seminggu saja lagi nak masuk ke tahun baru 2020, dan anak-anak juga akan kembali bersekolah.
Alhamdulillah hari ini selesai pendaftaran Anas ke darjah 2. Yuran persekolahan sudah dibayar semuanya, tinggal yuran makan setiap bulan sahaja. Mussaab pun dah selesaikan bayaran pendaftaran lebih awal, dan sekarang (untuk sementara waktu) tak perlu fikir pasal nak keluar duit yuran lagi :)
Pengalaman hari ni, ke SRAI Pekan Beranang bersama anak-anak, Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Kebetulan lagi tahun ini suamiku tak ada di rumah pada hari pendaftaran Anas (seperti tahun lepas juga). Maka akulah yang bertanggungjawab, siapa lagi kan? Kalau dia ada, senang je. Sorang-sorang pun boleh settle, sebab urusan pembayaran yuran tu sekejap sangat. Tapi nak buat macam mana, plan Allah lain :)
Jam 8.30 aku dan anak-anak meninggalkan rumah. Sampai-sampai, dah banyak kereta parking kat luar sekolah. Alhamdulillah ada ruang lagi kat dalam perkarangan masjid (sebelah sekolah). Terus menuju ke dewan (masa ni tengah ada taklimat untuk ibubapa pelajar darjah satu). Syukur juga tak lama sangat nak menunggu giliran membayar yuran. Sekejap je dah settle. Miqdad kat tepi dok berbisik lapar. Lepas bayar yuran terus ke kantin sekolah.
Di kantin, masing-masing menjamu selera dengan nasi lemak. Semua dah lapar sangat, semuanya makan berselera. Dah selesai makan semua, ke koperasi sekolah untuk beli baju sukan dan lencana (tapi lencana dah kehabisan stok). Selesai kat situ, terus bersegera untuk balik.
Nak dijadikan cerita, tayar kereta bocor. Nak naik kereta baru perasan. Tak tahulah sama ada baru bocor, atau dari rumah tadi lagi. Tak ada pilihan lain, dengan anak-anak yang masing-masing dah kepanasan, aku drive juga balik rumah. Perlahan saja drive. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat.
Apapun syukur melalui hari yang dipermudahkan oleh Allah, walaupun suami tak ada bersama. Anak-anak semuanya terkawal baik, walaupun memang perlu sentiasa berpesan dan berjaga-jaga (risau berlalu hal yang tak diingini). Alhamdulillah urusan tak memakan masa yang lama sangat. Jam 10.30 dah sampai rumah.
Terima kasih Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri kerana memberikan ‘kerjasama’ yang sangat baik hari ni. Semuanya bagus, semuanya dengar cakap. Alhamdulillah :)
‘Kita’ hari ini;
No comments:
Post a Comment