(December 2010)
IMBAS
Tahun 2010- tahun ni habis belajar, tahun ni bertunang, tahun ni konvo, tahun ni kawin- rezeki/jodoh yang tak disangka-sangka. Sebelum tu, tahu dia ‘wujud’.. Tak pernah terlintas dialah ‘jodoh’
.
Sebelum berkahwin, dah tahu kerjanya apa. Katanya akan ditinggalkan sampai berbulan-bulan. Masa tu releks dan tenang saja. Takde masalah kot! Dah kawin, ya Allah, Kau saja faham hati ni. Sebelum ada cinta, dan setelahnya, ia dua rasa yg berbeza. Tapi akhirnya dia pilih famili, lupakan cita-cita.. walau hakikatnya satu tangga je lagi dia nk bergelar nakhoda
Sebelum bertunang memang tak kenal dia. Selepas bertunang sekali dua berbalas emel atas keperluan. Tapi tak sempat berkenalan pun. Seminggu dua sebelum nikah, berbalas sms bincang tentang persediaan majlis. Lepas nikah, barulah mula berkenalan A to Z. 9 tahun dah cukup kenal? Belum cukup lagi.. mahu Allah berikan izin dan waktu, untuk terus bersamanya lagi.
Orang kata, mula-mula kawin semuanya manis, dah lama kawin manisnya dah hilang entah ke mana. Bagiku, manis dulu takkan sama dengan manis hari ini. Manis ketika berdua, manakan sama dengan manis bila dah ber-enam. Manis ketika tak banyak tanggungjawab, berbeza dengan manis bila diasak dengan tanggungjawab yang lebih besar.
Manis yang tak perlu terlihat. Manis yang biarkan kita saja yang merasa.
Selamat hari lahir suamiku dan selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga Allah memberkati usia dan rumahtangga. Semoga bersatu kita hingga ke syurga.
آمين
No comments:
Post a Comment