HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Tuesday, 12 November 2019

BILA SUAMIKU MASUK OFIS





11/12/10~12/11/19



Lagi sebulan anniversary ke-9, Alhamdulillah untuk tempoh masa yang ini :)


Alhamdulillah hampir 9 tahun juga mengenalinya, insan bergelar suami. Macam mana boleh kenal? 

Jeng jeng jeng


Oklah, sebenarnya tak tahu juga nak tulis pasal apa malam ni. Cuma rasa rajin nak menaip...


Kembali ke tajuk lah. Apa yang menarik sangat dengan tajuk tu? Tak adalah menarik sangat.. Sekadar nak bercerita.


Dah lebih 2 minggu suamiku tak turun ‘menjala’ di laut. Hari-hari ada kat rumah. Tapi dek kurang’nya tugas di laut, suamiku perlu masuk ofis atas arahan bosnya. Dan sepanjang minggu ini dia akan ‘seperti’ orang lain, iaitu kerja office hour. Dan beliau memang tidak menggemarinya :D Maklumlah, dah biasa di laut. 


Pagi lepas hantar Mussaab sekolah, bergeraklah dia ke ofis yang letaknya di Kuala Lumpur. Menempuh jem pergi dan balik, sama seperti warga kota yang lain juga. 


Balik ke rumah, hari dah nak gelap. Penat dia, aku yang tengok pun rasa penat sama. Hari pertama masuk ofis, penat dia lain macam. Lepas solat Maghrib dah ‘rebah’. Kejut solat isyak berkali-kali tak bangun. Jam 12 barulah bangun.


Hari kedua, lebih baik. Penat tu penat juga, tapi dah tidur waktu biasa. Jemaah di Masjid macam biasa. Alhamdulillah :) Semoga hari seterusnya akan lebih baik.


Tapi itulah. Dia melalui hari yang luar dari kebiasaannya. Dah biasa di laut, rutin kerja yang berbeza, jadi macam tulah...


Namun di laut sana, walaupun dia lebih suka dengan cara kerjanya yang itu, aku tahu di sana cabarannya bukan sedikit. Pendek kata, bukan mudah nak cari sesuap rezeki untuk anak dan isteri. Berjauhan dengan keluarga, dan berdepan dengan risiko yang orang lain tak tahu, pastinya bukan mudah.


Terima kasih suamiku untuk setiap keringat yang dicurahkan dalam mencari rezeki. Aku tahu kamu lebih ‘selesa’ mencurah keringat di sana, meski kita perlu berjauhan. Aku tahu tempatmu bukan di ofis berpenghawa dingin, dan lalui rutin yang sama setiap hari. 


Apapun syukur, sentiasa diberi rezeki yang mencukupi dengan setiap titik peluh dan keringat yang dicurahkan. Moga sentiasa ada ‘ikhlas’ dalam hatimu dalam setiap yang kau kerjakan, dalam terpaksa atau rela. Moga Allah memberkati setiap sen yang kau berikan pada anak dan isteri. Insya Allah.


Esok masuk ofis lagi..dia pun dah lena dibuai mimpi. Anak-anak pun dah lama tidur. Tinggal aku yang tengah rajin nak menulis. Dah mengantuk juga.. Sampai sini saja coretan malam ini.  esok kena bangun awal macam biasa. TAMAT dulu ya!



Ofis melambai 



Zaman muda belia- merata negara dia jejak asbab kerja di laut



Lumayan hasil laut kan?






No comments:

Post a Comment