Sakit bersalin tu macam mana sakitnya?
Ada yang boleh describe secara terperinci?
Ada yang katanya seperti nak tercabut pinggang, nak pecah perut, rasa nak guling-guling, nak tendang semua orang, dan macam-macam. Gerun pada mendengarnya! Apatah lagi pada yang baru nak menghadapi buat pertama kali.
Tenang.
Aku sendiri, 3 kali pengalaman bersalin, pun tak tahu macam mana nak describe rasa sakit tu. Bila dikenang-kenang, just boleh cakap, memang sakit, sangat!!
Pengalaman aku, melalui proses bersalin yang tidaklah susah sangat, dan tidaklah mudah juga. Jeles bila dengar orang cerita pengalaman dia yang mudah sangat bersalin. Tak teran over sangat pun baby dah keluar :o aku punyalah susah dan payah nak meneran sampai berkali-kali, baru keluar baby tu.
Ada yang sakitnya tak lama, baru tadi datang sakit kontraksi, tiba-tiba dah bersalin. Pengalaman aku, paling sekejap pun 4 jam juga menanggung sakit kontraksi (anak kedua dan ketiga)
Dan bila dengar cerita orang yang dalam kategori ‘susah’ nak bersalin; menanggung sakit yang sangat lama, lambat bukaan serviks, berhadapan dengan komplikasi tertentu, dan macam-macam lagi, rasa seram pula nak membayangkannya.
Tapi itulah... rezeki masing-masing. Ada yang mudah bersalin, ada yang sebaliknya. Yang susah bersalin, mungkin sepanjang tempoh kehamilannya mudah. Yang mudah bersalin, mungkin banyak pula dugaan ketika tempoh 9 bulan kehamilannya. Siapa tahu...
Dan aku kagum melihat ibu-ibu yang melahirkan ramai anak. Seperti ‘kesakitan’ itu tak pernah menyerikkan.
Aku juga, hakikatnya pernah melalui ‘kesakitan’ itu. Sakitnya Allah saja yang tahu. Aku tak mampu nak memberikan gambarannya. Namun ajaibnya sakit itu pergi saat anak kecil itu meluncur keluar. Mendengar suara tangisnya, menyentuh lembut kulitnya, seakan kesakitan itu tak pernah dirasa lagi. Lupa segala...
Kini semakin dekat hari aku bersalinkan anak ke-4. Debaran itu kunjung lagi. Aku tahu aku akan menempuh rasa ‘sakit’ itu lagi. Sakit yang tak mampu aku gambarkan. Kerana pengalaman itu juga aku rasa takut, rasa berdebar, rasa resah, mampukah aku tanggung dan harunginya sekali lagi??
Sakit, Ya Allah memang sakit. Tapi aku tetap percaya semua dalam keupayaanku untuk menanggungnya. Harapan dan doaku hanya satu, semoga Allah permudahkan . Biar dalam rasa sakit yang bagaimana, moga tetap tenang dan mudah melahirkan anak ini.
آمين
No comments:
Post a Comment