HOMESCHOOLING 2015

HOMESCHOOLING 2016

HOMESCHOOLING 2017/2018

RESEPI UMMU ANAS

Monday, 1 April 2019

JURNAL CUTI SEKOLAH: PERTENGAHAN PENGGAL 1

23/3/19

Bertolak balik Semenyih-KB jam 2 pagi. Anas, Mussaab dan Miqdad lena di sepanjang perjalanan hingga ke pagi. Sampai rumah nenek jam 11 pagi. Seronok dapat main dengan Umar, Uwais dan Urwah, sepupu yang mereka nak jumpa sangat-sangat :) ummi dan abi kepenatan, layan mengantuk dan tidur hingga ke petang hari. 


Alhamdulillah selepas menempuh perjalanan yang panjang, selamat sampai ke destinasi yang dituju. Anak-anak ummi juga riang ceria bermain dengan sepupu semua.



Meredah pekat malam



24/3/19

Masih di rumah nenek. Anas, Mussaab dan Miqdad ke Pantai Bachok bersama abi, pak chu, Umar, Uwais, Urwah, abang Hakim dan abang Aqil. Lelaki semuanya :D Seronok dapat mandi pantai lagi. 


Balik rumah nenek, sambung main lagi. Jam 3 petang bertolak balik ke rumah Mek. Anas paling sedih nak berpisah dengan kawan baik. Jam 6 petang sampai rumah Mek, jam 8.30 abi bertolak balik Semenyih, ‘cuti’ abi dah berakhir. Tinggallah Anas, Mussaab dan Miqdad bersama ummi di rumah Mek untuk beberapa hari.




Ready nak bertolak ke pantai



25/3/19

Pagi hingga tengahari, habiskan masa di rumah Mek saja. Ummi ke klinik untuk check up kandungan dan bsp, Anas jaga adik-adik di rumah mek. Dah besar Anas kan, dulu masa mengandungkan Miqdad selalu kena bawa keduanya (Anas dan Mussaab) ke klinik sebab tak boleh ditinggalkan kecuali bila abi ada :)


Lepas makan tengahari cik datang ambil Anas, Mussaab dan Miqdad bawa balik ke rumahnya. Jam 3 petang, balik rumah Mek. Mussaab dan Miqdad terlena sampai jam 5.30 petang. Cik bawa Anas dan Miqdad ke rumah Pok Long pula. Mussaab yang masih mengantuk tak nak ikut, tinggal di rumah dengan ummi. 


Jam 7 semua dan ada kat rumah. Mandi dan makan malam. Mussaab pula ikut cik balik. Lepas Maghrib cik hantar balik rumah Mek. Jam 9.30 malam semua dah lena semula. Alhamdulillah :)





Bertiga di rumah Mek 



26/3/19

Hari ni ke majlis kenduri abe Ala di Besut. Hari tu dah buat majlis akad nikah, kali ni majlis makan-makan saja. Bertolak sekitar jam 10 pagi, lepas ummi selesai urusan di KK Ayer Lanas. Abi tak ada, So tumpang kereta cik ke Besut. Berkumpul di masjid, jam 12 makan di rumah pengantin perempuan dan tak lepaskan peluang bergambar bersama pengantin.


Lepas tu tunaikan solat zohor di masjid, dan terus ke Pantai Bukit Keluang. Anas, Mussaab dan Miqdad seronok dapat main pasir dan mandi pantai lagi. Dah puas main, bertolak balik ke rumah Mek. Sampai di rumah Mek jam 7 malam, hampir masuk waktu Maghrib.


Alhamdulillah untuk urusan hari ini. Walaupun sebenarnya susah juga nak hadiri majlis tanpa abi, tapi tetap dapat lalui hari dengan baik. Anak-anak ummi juga mudah dikawal walau ada ketikanya menguji sabar. 




Bergambar bersama pengantin baru




27/3/19

Hari ni ke rumah Pok Long pula, ummi tolong apa yang patut untuk persediaan majlis kenduri rumah Pok Long esok. Anas, Mussaab dan Miqdad bermain di rumah Pok Ngoh dengan kak zana, abang Faris, dan Muhammad. Balik solat zohor, kemudian Anas dan Mussaab ikut cik lagi ke rumah Pok Long, main lagi di sana.  Miqdad tidur di rumah Mek. Petang hari ke rumah Pok Long lagi sampai jam 10 malam barulah balik rumah Mek dan siap untuk tidur. Tidur lewat dari kebiasaan. Mussaab malam ni tidur di rumah cik.


Alhamdulillah riang dan gembira anak-anak ummi hari ni dapat bermain sepuas hati :)




Pagi di rumah Mek sebelum ke rumah Pok Long




28/3/19

Hari kenduri di rumah Pok Long. Abi buat ‘surprise’ tiba-tiba sampai rumah Mek jam 10.30 pagi. Katanya bertolak jam 2 pagi dari Semenyih. Jam 11 ummi drive ke rumah Pok Long, tinggal abi yang mengantuk dan kepenatan di rumah Mek. 


Di rumah Pok Long seronok lagi berkawan, makan kenduri, dan dapat ais krim free. Hingga ke pukul 3 petang, bertolak ke rumah nenek pula. Singgah rumah Mak Ngah sebentar, dan tiba di rumah nenek jam 7 petang. Ramai sepupu di rumah nenek, sempat main sebelum semua masuk tidur.


Alhamdulillah atas urusan dan perjalanan hari ini. Alhamdulillah abi dah balik dan ada di sisi. Cuti sekolah juga makin ke penghujungnya :)




Bergambar sebelum ke majlis kenduri rumah Pok Long




29/3/19

Ummi, abi dan Miqdad keluar ke Bandar Kota Bharu untuk membeli baju raya dan tukar simkad Hp. Anas dan Mussaab tinggal di rumah nenek bersama sepupu. 


Petang hari juga spend masa di rumah nenek sahaja bersama ahli keluarga yang ramai. Sudah tentunya  sangat meriah :)




Bersama sepupu-Eiman dan Mustaqim



30/3/19

Bertolak dari rumah nenek ke rumah Mek jam 9 pagi. Berehat sebentar di rumah Mek, kemudian bertolak dari rumah Mek ke Semenyih jam 5 petang. Singgah solat dan makan malam.


Alhamdulillah perjalanan lancar, tiba di Semenyih jam 1 pagi. Anas, Mussaab dan Miqdad lena tidur di dalam perjalanan sehingga sampai ke rumah. Perjalanan berakhir, cuti sekolah juga hanya berbaki 1 hari :)






Persinggahan makan malam




31/3/19

Hari terakhir cuti sekolah. Habiskan masa di rumah sahaja. Buat aktiviti sendiri dan menonton tv. Ummi dan abi masih kepenatan menempuh perjalanan yang panjang semalam. Anas, Mussaab dan Miqdad semalam sudah cukup tidurnya, hari ni cergas dan ceria seperti biasa. 




Aktiviti 3 beradik :)


Alhamdulillah, satu minggu yang sudah berlalu baik. Dapat balik kampung, jumpa saudara mara jauh dan dekat, meraikan majlis perkahwinan, dan mengumpul memori bersama. 


Terima kasih Tuhan atas setiap detik yang dilalui anak-anak, bersama-bersama. Moga hari-hari yang mendatang menjanjikan yang lebih baik. 


آمين

.

No comments:

Post a Comment