Hari ni meneruskan sessi persekolahan seperti biasa. Anas yang pertama bangun, mandi, solat subuh dan bersiap ke sekolah. Hari ni ummi tak masak untuk breakfast sebab abi nak beli nasi lemak kat luar. Anas tak sempat makan, ummi berikan duit lebih untuk Anas beli breakfast di kantin sekolah. Ummi yang hantar Anas ke sekolah hari ni, kebetulan ummi juga perlu jumpa doktor di klinik pagi ni. Jam 6.50, keluar meninggalkan rumah. Miqdad juga sudah bangun, tinggal Mussaab yang masih layan tidurnya. Ummi tinggalkan Mussaab dan Miqdad dalam jagaan abi.
Selepas hantar Anas, ummi terus ke Klinik Desa Rinching Tengah. Abi uruskan Mussaab dan hantar Mussaab ke Little Diamond Kindergarten. Miqdad stay kat rumah dengan abi untuk seketika. Jam 9, abi hantar Miqdad ke klinik sebab abi juga perlu masuk ofis hari ni. Sebaik Miqdad sampai, urusan ummi pun dah selesai. Tapi menangis meraung pula Miqdad bila diajak balik, sebab katanya dia nak jumpa doktor ‘:) hai lah anak. Yang abang takut nak jumpa doktor (dulu la), dia pula nakkk sangat jumpa doktor. Dipujuk-pujuk, akhirnya Miqdad ikut ummi naik kereta, abi juga bertolak ke KL (ofis abi).
Singgah sebentar di kedai beli barang untuk memasak(dan upah aiskrim untuk Miqdad)dan beli nasi lemak untuk ummi yang kelaparan ‘:), dan sampai di rumah jam 10 pagi. Ummi makan nasi lemak bersama Miqdad. Lepas tu Miqdad minta nak tengok video Dinosaur, ummi buka video untuk Miqdad. Khusyuk menonton, sementara ummi kemas dapur dan siap untuk memasak.
Jam 12, ambil Mussaab di sekolah. Balik rumah, sambung kerja memasak yang masih tak siap. Mussaab dan Miqdad menonton video ‘Babybus’. Dah selesai memasak ummi suapkan Mussaab dan Miqdad makan. Keduanya makan berselera. Lepas makan menghadap tv lagi.
Jam 1.30 ummi naik ke atas untuk solat. Abi balik, makan nasi dan naik solat. Miqdad dan Mussaab turut naik ke atas. Main di dalam bilik, akhirnya tertidur juga jam 3 petang. Abi keluar untuk ambil Anas pula di sekolah. Sampai di rumah, terus buka tv dan menonton video pilihan di YouTube (sekarang ni tengah obses dengan video yang berkaitan Microsoft). Mussaab dan Miqdad masih dibuai lena.
Masuk waktu asar, solat bersama. Mussaab dan Miqdad juga bangun dari tidur. Bermain, menonton tv, dan makan malam bersama. Hampir masuk waktu Maghrib, naik mandi dan bersiap untuk solat dan tidur. Hanya Mussaab yang baca iqra’ malam ni. Anas tidur lebih awal, dek kepenatan dan batuk yang mengganggu.
Selepas isyak ummi tidurkan Miqdad. Mussaab masih di bawah bersama abi, sambung menonton video dinosaur. Belum mengantuk, akibat tidur banyak siang tadi. Jam 9.30 Mussaab naik ke bilik. Ummi temankan Mussaab tidur pula. Hampir jam 10 malam, lena juga akhirnya Mussaab. Alhamdulillah. Sudah sunyi dan sepi suasana rumah. Semoga lena anakku. Semoga sihat dan ceria di esok hari anakku. Semoga hari esok menjanjikan yang lebih baik buat anak-anak ummi.
Ummi sayang Anas, Mussaab, Miqdad dan yang bakal lahir ini. Sayang selamanya :)
No comments:
Post a Comment